- Berita
- Berita Auto
- Segera Perbaharui Lesen Anda Sebelum 30 September ini!
Nampaknya orang ramai peka selepas kerajaan membuat keputusan bahawa tempoh moratorium pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September ini.
Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan pihaknya berjaya mengumpul 1.34 juta transaksi yang membabitkan pembaharuan LKM dan LMM di seluruh negara sejak 1 Ogos lalu sehingga semalam,
-full.jpg)
Wow, tahniah kepada rakyat kerana tidak melepaskan peluang memperbaharui lesen masing-masing dengan segera sebelum tempoh moratorium tamat.
Sebaliknya, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan transaksi JPJ pada saat-saat akhir.

“Perbaharui lesen anda dengan segera bagi mengelakkan anda terlepas tarikh akhir lanjutan moratorium,” katanya.
Urusan pembaharuan LKM dan LMM boleh dilakukan di semua pejabat kaunter JPJ Negeri dan Cawangan, selain melalui Rakan Strategik JPJ sehingga 30 September ini.
Anda juga boleh memperbaharui lesen melalui portal mySIKAP atau MyEG.
Malah, orang ramai juga boleh melakukan pembayaran lesen itu di 663 cawangan Pejabat Pos di seluruh negara.

Ingat mulai 1 Oktober depan, JPJ akan mula mengeluarkan saman terhadap pengguna jalan raya yang gagal memperbaharui lesen LKM.
Jadi, jangan lengahkan masa anda, segera perbaharui lesen anda sebelum terlambat!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/