Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kaunter JPJ Dibuka Setiap Hujung Minggu – Ini Yang Penting Untuk Anda Tahu

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan kepada orang ramai untuk melakukan urusan pembaharuan yang telah tamat tempoh iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV), sebelum 30 September 2021. Selepas tarikh ini,  tempoh lanjutan pembaharuan bagi LKM dan LMM tidak akan disambung lagi. Bagi urusan ini, orang ramai perlu membuat janji temu secara dalam talian melalui sistem janji temu yang disediakan.


 

Memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan janji temu, JPJ mengumumkan pembukaan operasi kaunter pada setiap hujung minggu yang telah bermula pada 13 Ogos baru-baru ini. Waktu operasi bermula dari 9 pagi hingga 1 tengahari, dan urusan pembayaran tanpa tunai sahaja yang dibenarkan. 




Hujung minggu bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Manakala bagi negeri-negeri lain pula ialah pada hari Sabtu dan Ahad. 




Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM semasa melakukan urusan dan berada di tempat awam. 


Informasi Penting Pembukaan Kaunter JPJ


  • Waktu operasi: Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Hari operasi bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor: Jumaat & Sabtu
  • Hari operasi bagi negeri-negeri lain: Sabtu & Ahad


Sementara itu, bagi urusan yang boleh dilakukan di Pejabat Pos seperti pembaharuan lesen dan cukai jalan pula boleh diatur melalui Outlet Finder dalam laman web Pejabat Pos.

Diingatkan, walk-in tidak dibenarkan sama sekali. Semua urusan perlu diatur melalui janji temu berjadual. Senarai sistem janji temu dalam talian JPJ berdasarkan negeri boleh didapati melalui perkongsian di Facebook JPJ.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026