Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan. 

Bekerjasama dengan pembuat kapal layar kayu yang unik kini tampil dengan aksesori eksklusif dan gaya hidup dengan bertemakan ikon Maybach of Luxury.

Anda juga boleh melihat di sepanjang limbungan kapal Robbe&Berking, kehalusan kerja tangan dapat dilihat dengan jelas menerusi penggayaan  cat dua tona pada kenderaan elegan ini termasuk beberapa kapal layar di situ.

Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-AMG GmbH, Michael Knoeller berkata, Mercedes-Mayback melambangkan kemewahan menerusi kombinasi  kehalusan kerja tangan dan teknologi canggih.

Maka, jenama ini menyampaikan pengalaman holistik, kreativiti dan keanggunan abadi dalam bahan eksklusif. Mercedes-Maybacg GLS mewujudkan aspirasi dan penggayaan dalam segmen kenderaan utiliti sukan mewah,” katanya.

Mercedes-Maybach Kelas-S ini  menawarkan perincian eksklusif di bahagian luar serta keselesaan terbaik bagi pemiliknya.

Menjengah bahagian dalamannya, kedua-dua model Mercedes-Maybach: SUV mewah dan saloon mewah menawarkan pelbagai ciri bagi memastikan pemanduaan berjalan dengan lancar dan tenang.

Ia terdiri daripada pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, tempat kerusi dilengkapi dengan pemanas manakala, tempat kerusi juga dibaluti dengan kulit berkualiti tinggi, lampu ambien dan sistem multimedia MBUX yang inovatif.

Terdapat juga ruang sejuk untuk penyimpanan minuman dan snek di bahagian belakang. Ia juga dilengkapi dengan dua gelas berkaki (tempat letak gelas) yang dihiasi dengan logo Maybach. 

Malah, terdapat beberapa ruang tambahan yang dihasilkan oleh Robbe&Berking bagi menyempurnakan tarikan elegan Mercedes-Maybach.


Antaranya, gelas minuman bersalut perak, gelas wiski dari koleksi Bar Belvedere. Gelas bersadur perak ini dikatakan mengekalkan suhu sejuk minuman.

Seterusnya, Troli Bar yang memiliki reka bentuk yang agak luar biasa kerana diperbuat daripada kepingan kayu dimana lazimnya Robbe&Berking menggunakannya untuk membuat hiasan objek.

Bagi sistem hiburannya, Mercedes-Maybach didatangkan dengan dua skrin di belakang dimana setiap skrin itu memaparkan program yang diinginkan secara berasingan.

Melihat kepada fonkepala Bluetooth Mercedes-Benz, ia hadir dengan dengan reka bentuk seolah-olah telinga sekali gus memberikan pengalaman pendengaran yang sangat baik selain amat selesa untuk dipakai.

Terima kasih kepada teknologi Pembatalan Bunyi Bising Aktif (ANC) yang mampu menghalang latar belakang yang bunyi bising.

Malah, ia juga dilengkapi dengan kesan bunyi 3D dimana ia mengeluarkan nada yang baik ketika muzik dimainkan.

Selain itu, mikrofon bersepadu membolehkan penggunanya dapat membuat panggilan telefon dengan kualiti suara yang terbaik.

Ia didatangkan dengan pad ergonomik yang lembut yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian telinga, manakala pemegang kepalanya  juga amat lembut.

Bagi konfigurasinya pula, kesemua kawalan fon kepala Mercedes-Benz terletak di telinga kanan.

Di bahagian sisi, terdapat tiga butang kecil yang terdiri daripada fungis, On/Off, ANC dan bunyi 3D. 

Ikon Maybach Icons of Luxury dikatakan melengkapkan kereta berjenama itu dengan pelbagai aksesori berkualiti tinggi bagi menonjolkan pengalaman gaya hidup yang mewah.

Sebagai contoh, cermin mata hitam Maybach, The King yang bercirikan kemasan kayu atau rekaan tanduk asli yang diilhamkan oleh garisan dinamik konsol tengah kenderaan itu.

Bahagian atas bingkai pula terdiri dengan lensa yang terapung dilengkapi dengan perkataan timbul Maybach sementara logo double-M miniatur menghiasi kepala skru.

Contoh kedua adalah cermin mata 'The Artist III', yang hadir dengan tangkai bingkai  bergaya selain tampil dengan warna baharu.

Kepingan tangkai bingkai hadir dengan garisan cerah dan hujung tangkai pula disaluti titanium sekali gus menimbulkan warna kontra dengan tangkai kayu buatan tangan yang memiliki logo Maybach.

Begitu juga dengan cermin mata Maybach, ‘The Refined I’ yang turut kelihatan elegan. 

Diperbuat daripada tanduk asli, bingkai cermin mata ini nyata mengekspresikan ungkapan reka bentuk yang menonjolkan penampilan unik dari bahan semula jadi selain dihiasi dengan logo Maybach.


Keempat ialah beg dokumen Maybach, ‘The Adviser I’, yang dihiasi dengan kulit lembu yang lembut selain ia didatangkan dengan warna biru yang agak sporty.

Ia dapat dilihat di bahagian zip hadapan dan ia dibahagikan kepada dua bahagian yang dipadankan dengan logo Maybach.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan beg Maybach, ‘The Scope I’ dan beg The Venture I yang amat sesuai digunakan untuk percutian singkat.

Ia menggabungkan sentuhan kulit kenderaan Maybach yang asli dan ringan.

Selain ia bercirikan sporty dan elegan, susun atur beg itu dilihat amat praktikal kerana memiliki beberapa poket di bahagian luar dan hadir dengan pelbagai fungsi.

Ia kemudian dituruti dengan selendang sutera Kashmir, ‘The Yearning I’. Ia didatangkan dengan warna biru bersama dengan corak yang sangat menawan dan sudah pasti diselitkan dengan logo berkembar M.

Selendang buatan tangan yang menggunakan teknik tenunan tradisional dan sudah pastinya, menjanjikan pemakaian yang amat selesa.

Tali pinggang ‘The Accent I’ yang kelihatan sporty dan bergaya ini juga didatangkan dengan warna biru.


Jalinan tali pinggang yang elastik dan boleh disesuaikan berdasarkan pelbagai saiz itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan keselesaan terutama untuk perjalanan jauh.

Terdapat juga baju-T polo berlengan pendek, The Pioneer II’  yang dipadankan dengan logo Maybach pada kolar butang manakala baju-T berlengan panjang pula dikenali sebagai  ‘The Trailblazer I’.

Ia ditawarkan dalam warna gelap dan dikatakan diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi selain digabungkan dengan kain jenis lycra.

Bahagian dalam kolar pula dilapisi dengan kain kontra yang menampilkan corak Fleur-de-Maybach.

Jaket ‘The Independent I’ pula dikatakan sesuai dipakai ketika cuaca sejuk. Kolar jaketnya yang diperbuat daripada kulit kambing biri-biri menawarkan sentuhan yang sangat istimewa.  


Sebaliknya, jaket ‘The Expedition II’ pula amat sesuai dipakai ketika cuaca panas. Jaket ini dikatakan ringan, tahan angin, tahan air serta lasak.

“Kami mahu mengubah perasaan eksklusif ini menjadi satu pengalaman gaya hidup dalam pelbagai sudut.


“Ia diiilhamkan oleh elemen reka bentuk ikonik yang mengimbau kembali  warisan kereta tradisi ini dan kami menghasilkan kesemua keluaran dengan menggunakan bahan yang sangat baik,” kata Pengarah Urrusan Maybach Luxury,  Jutta Kahlbetzer. 


Gallery

Tag:

Maybach
Mercedes
Mercedes-Maybach
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Global

Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan

Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.

15-05-2022
Berita Auto

Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda

Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.

28-01-2022
Berita Auto

Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Bettina Plangger sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia.

20-04-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
EV

Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.

08-01-2023
Global

Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...

Tular video yang menunjukkan satu situasi pelik di mana sebuah kereta Honda Civic dilihat berada di atas sebuah kereta mewah Mercedes.

15-10-2022
Global

Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan

Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.

15-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025
Berita Auto

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!

Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

16-12-2025
Berita Auto

Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit

Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.

16-12-2025
Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025