Link Copiedcheck_circle
EV

Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hab pengecasan Mercedes-Benz


Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat pengeluar kereta Jerman tersebut untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah. 


Pengumuman mengenai perkara ini dibuat semasa berlangsungnya CES 2023, pameran teknologi tahunan yang diadakan di Las Vegas, AS. Semasa acara tersebut, syarikat mendedahkan matlamat untuk mewujudkan lebih 10,000 pengecas menjelang penghujung abad ini. 


Mercedes EQA yang CariCarz berpeluang untuk pandu uji baru-baru ini


Setiap lokasi pengecasan itu nanti akan ditawarkan dengan pengecas elektrik yang jauh lebih pantas berbanding kemudahan pengecasan sedia ada yang boleh diakses bila-bila masa. Namun, tempahan hanya boleh dibuat oleh pelanggan Mercedes-Benz. 


Mercedes-Benz EQS 450+ semasa majlis pelancarannya Julai tahun lalu


Setiap lokasi pengecasan itu nanti juga akan dilengkapkan dengan antara empat ke 30 pengecas berkuasa tinggi 350 kW yang terlindung, lengkap dengan perkhidmatan makanan serta dipantau untuk keselamatan semasa pengecasan pada waktu malam. 


Rangkaian pengecasan Mercedes-Benz ini bakal bersaing dengan rangkaian pengecasan lain seperti Tesla Supercharger. 


Hab pengecasan ini akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik seperti di bandar-bandar utama, berdekatan dengan laluan utama, destinasi membeli-belah dan perkhidmatan, termasuklah pengedar Mercedes-Benz. 


Bagaimana Pula Dengan Negara Malaysia? 


Hab pengecasan Mercedes-Benz


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebelum ini pernah meluahkan komitmen syarikatnya untuk membuka jalan masa depan  elektrik di Malaysia, ini dapat dilihat daripada pengenalan beberapa model EV mewah dengan sub-jenama Mercedes-EQ. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya rangkaian pengecasan berkuasa tinggi Mercedes-Benz ini nanti dapat dilihat di negara kita. 


Baca: Harga Rasmi EV Mercedes-Benz, EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Diumumkan, Dari RM328K

Baca: Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!

Tag:

MERCEDES BENZ
Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes
Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
Pengecas EV
MBM
Pengecas Kenderaan Elektrik
350kW
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

14-06-2023
Video

10-04-2023
Global

20-03-2023
Gaya Hidup

08-03-2023
Teknologi

01-03-2023
Teknologi

23-02-2023
Global

21-02-2023
Berita Auto

12-02-2023

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026