Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Semasa acara ‘The Quail, A Motorsports Gathering’ di Monterey, California, Amerika Syarikat baru-baru ini, Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

 

Menjadi perhatian orang ramai ketika hari acara tersebut ialah kehadiran Chiron Super Sport  dan juga kereta litar Bolide. 


Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann berkata, "Amerika Syarikat ialah pasaran terbesar Bugatti, oleh itu penting untuk kami memperkenalkan kedua-dua model kereta sport hiper ini kepada peminat dan pengumpul secara langsung."

 

Semasa acara ini diadakan, Bugatti mengumumkan bahawa Bolide bakal dikeluarkan dalam bilangan yang terhad.

 

Kereta yang berharga 4 juta euro ini hanya ditawarkan sebanyak 40 unit sahaja dan penghantarannya dijadualkan akan bermula pada tahun 2024.


Enjin yang digunakan dalam cesi Bolide yang berkeberatan 1,450 kg ini ialah enjin W16 8.0L quad-turbo yang boleh menghamburkan kuasa kuda mencecah 1,580 hp, kurang sebanyak 245 hp daripada konsep asal kereta.


Selain Bolide, Bugatti turut mendedahkan model baharu lain iaitu Chiron Super Sport  bagi pasaran Amerika buat pertama kalinya, model ini dikatakan bakal dihantar kepada pembeli pada awal tahun 2022.

 

Chiron Super Sport hanya dihasilkan sebanyak 30 unit  dengan harga 3.2 juta euro.


Model ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,600 hp dengan menggunakan enjin W16 8L quad-turbo. Kuasa maksimumnya ialah 480 km/j dan mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 2.3 saat.


Winkelmann menyimpulkan, "Kedua-dua kenderaan ini mewakili apa yang terbaik daripada jenama Bugatti, daripada kebolehan prestasi dan inovasi teknologi hinggalah kepada kemewahan dan keselesaan tertinggi kepada pelanggan."


Secara keseluruhannya,  semasa acara The Quail, Bugatti telah mempertontonkan beberapa model kenderaan iaitu Chiron Sport, Super Sport, Pur Sport dan Bolide.


Sementara itu, 'keluarga' lengkap Super Sport ini seperti Veyron Super Sport,  EB110 Super Sport dan Type 55 Super Sport telah menyertai barisan kereta semasa acara  ‘Le Domaine Bugatti’ yang diadakan di The Lodge, Pebble Beach, California.


Gallery

Tag:

Bugatti
Bolide
Chiron Super Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026