Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pasukan pereka dan juga jurutera yang terlibat dalam penghasilan Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, menunjukkan bahawa mereka begitu komited untuk menghasilkan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif. Papan pemuka bagi kereta yang direka dengan ruang kabin yang berkonsep terbuka dan luas ini tidak ada walau satu pun butang kawalan biasa!




Kawalan untuk model ini boleh dilakukan melalui butang maklum balas haptik yang berfungsi melalui sentuhan jari. Pemandu boleh berinteraksi dengan kereta mereka melalui sentuhan pada ikon yang dipaparkan sekiranya ingin mengawal iklim atau mengubah mod pemanduan.




Yang menariknya, pemandu boleh mengekalkan fokus kepada jalan raya kerana kawalan sentuhan haptik ini boleh dirasai dan didengari.

 

"Kami telah mencipta ruang yang 'bersih' dengan menggabungkan kawalan haptik bersama kemasan bercorak kayu pada bahagian dalaman kereta. Kami lakukan ini dengan cara yang tidak mengganggu prestasi kawalan," kata Pereka Kanan, Hideki Tago.

 




"Corak kayu diletakkan pada panel plastik menggunakan proses cetakan hidro untuk memberikan kesan rekaan yang sangat realistik."

 

Pasukan telah memulakan proses penghasilan sistem ini dengan memecahkan teknologi kepada beberapa bahagian berbeza.  Butang maklum balas haptik diletakkan pada papan pemuka utama dan juga di tengah pada tempat letak tangan.

 




Untuk memudahkan kawalan, butang elektrostatik ini memiliki saiz lebih besar dengan jarak yang lebih luas antara satu sama lain berbanding kawalan haptik lama.  Dengan cara ini, sejenis "kick" tekanan udara dapat dihasilkan yang dapat memberikan pengalaman lebih realistik dan intuitif kepada pemandu.




"Getaran dan bunyi tidak dapat dipisahkan.  Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi ia sebenarnya merupakan satu cabaran bagi pasukan kami kerana perlu menghasilkan bunyi unik yang bersesuaian dengan jangkaan pemandu. Dalam masa yang sama, kami cuba menjadikan penggunaannya semenarik yang mungkin," jelas jurutera yang bertanggungjawab dalam pembangunan HMI dalaman Ariya, Tomotaka Igarashi.




Dalam membangunkan kawalan haptik ini, pasukan telah menjalankan ujian berulang kali untuk memastikan ia mudah digunakan oleh pelbagai jenis pemandu.  Ujian ini dilakukan dengan menggunakan beberapa orang dengan saiz jari yang berbeza, panjang kuku berbeza, tekanan butang berbeza pada sudut sentuhan berbeza. Selain itu, ujian turut dilakukan bagi menguji sentuhan daripada tangan yang dipakaikan dengan sarung tangan.


Gallery

Tag:

#nissan
Nissan Ariya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sudahlah Curi, Dibakar Pula!

Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.

17-02-2022
Berita Auto

Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi

Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.

16-02-2022
Berita Auto

Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu

Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.

15-02-2022
Berita Auto

ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain

ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

10-02-2022
Berita Auto

Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.

07-01-2022
Berita Auto

Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT

Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.

10-12-2021
Berita Auto

Jentera Ini Hadir Dengan e-Power

Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.

11-11-2021
Berita Auto

ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.

03-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025