Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terpisah Kerana Pandemik, Ibu Terkilan Tak Dapat Jumpa Anak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Luluh hati seorang ibu apabila hajatnya untuk bertemu anaknya tidak kesampaian selepas menerima berita anaknya maut dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Ajil-Bukit Besi, Hulu Terengganu semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Nurshahyda Mohd. Zaki, 29, dikatakan mahu menjenguk ibunya setelah sekian lama tidak berjumpa dengan orang tuanya itu.

Sebaliknya, hajat Nurshahyda  tidak kesampaian untuk bertemu dengan ibunya apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dinaiki bersama suami dan bayinya yang berusia lima bulan secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenisToyota Estima.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Ketika diminta mengulas mengenai kemalangan itu, Mohd Adli berkata, Toyota Estima itu dipandu oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi di Dungun.


Foto Ehsan: Info Bencana Terengganu 

Hasil siasatan mendapati kenderaan pelajar itu hilang kawalan ketika memotong kereta mangsa sebelum merempuh Ford Ranger di bahagian sisi tempat duduk penumpang hadapan.

Foto Ehsan: Info Bencana Terengganu 

Akibat hentakan dan pelanggaran kuat, Nurshahyda disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


  •                                                                                                Foto Ehsan: Info Bencana Terengganu 

“Luluh hati saya melihat anak kesayangan saya sudah terbujur kaku,” kata ibunya yang enggan dikenali.

Mujur, suami mangsa, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya, lima bulan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan

Tag:

Fordranger
estima
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-03-2022
Berita Auto

Ford Ranger XLT Plus Special Edition Berharga RM136,888 Kini Sudah Boleh Ditempah

Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd (SDAC) pengedar tunggal Ford, Malaysia telah melancarakan Ford Ranger XLT Plus edisi istimewa.

23-02-2022
Berita Auto

Boleh Tahan Harga Ford Baharu Ini!

SDAC melancarkan jentera baharunya, Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Khas baru-baru ini.

09-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026