Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jom Tengok Apa Yang Ada Dengan Jentera ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan Sedan Kelas-A  dengan menawarkan dua varian: Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dan Mercedes-Benz A250 AMG Line.

Harga jualan bermula dari RM219,888 untuk A 200 Progressive Line, hingga RM249,857.88 untuk varian A 250 AMG Line.


Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna Polar White, Cosmos Black, Mountain Grey, Iridium Silver dan Denim Blue, di mana untuk A 200 Progressive Line didatangkan dengan trim ala gentian karbon, sementara A 250 AMG Line pula hadir dengan kemasan trim aluminium linear-grain

Menyentuh mengenai enjin pula, A 200 Progressive Line dijana dengan enjin 1.3 liter sekali gus menghasilkan 163 kuasa kuda manakala, A 250 AMG Line pula hadir dengan enjin 2.0 liter. Ia pula mampu menghamburkan kuasa 224.

Ia yang hadir dengan reka bentuk yang cukup hebat selain digandingkan dengan enjin  berkuasa tinggi membuatkan Mercedes-Benz Kelas-A ini tampak lebih bergaya.


Jentera ini hadir dengan rim aloi AMG bersaiz 18 inci, lampu hadapan berprestasi tinggi.

Model berkenaan juga dikatakan telah meningkatkan ciri-cirinya terutamanya panel ambang pintu iluminasi dengan perkataan Mercedes-Benz dan A250 pula dilengkapi dengan lampu ambien.

Menjengah bahagian dalamannya, model ini menggunakan fungsi elektrik dan memori untuk bahagian kerusi.


Kemasan kerusi hadapan dilihat memiliki suasana yang agak mewah dengan stereng sporti yang dibalut dengan material kulit.

Bagi sistem multimedia pula, ia dipasang dengan unit MBUX yang merangkumi skrin paparan 10.25 inci dengan sokongan fungsi tambahan MBUX, serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Kedua-dua varian ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan yang agak canggih seperti PRE-SAFE untuk penumpang hadapan, sistem pemantauan tekanan tayar, sistem penggera anti-pencuri, bantuan brek aktif, bantuan titik buta, amran keluar lorong, bantuan parkir dan kamera undur.

Malah, terdapat  paparan status untuk tali pinggang keledar belakang di b kluster instrumen termasuk kawalan pelayaran dengan Pengehad Kelajuan SPEEDTRONIC.

Lebih menarik, waranti perbatuan tanpa had diberikana selama empat tahun untuk setiap kereta Sedan Kelas- A Mercedes-Benz.


Gallery

Tag:

Mercedes AMG
Mercedez A-Class
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

09-12-2024
Global

04-04-2023
Global

06-10-2022
Global

21-06-2022
Berita Auto

Harga AMG GT, AS$25,000 (RM 109,940)

AMG GT 63 SE Performance Edisi F1 menyertai barisan AMG sempena memperingati ulang tahun Mercedes-55th AMG .

26-05-2022
Global

Imej Risikan SUV Mercedes-AMG EQE, Beberapa Ciri Kereta Terbongkar

Beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah model Mercedes yang dipercayai ialah SUV Mercedes-AMG EQE terdedah.

14-04-2022
Berita Auto

25-05-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026