- Berita
- Kereta Baru
- Beberapa Bahagian Dalaman Jentera Ini Dihasilkan Dengan Sulaman Tangan
Beberapa Bahagian Dalaman Jentera Ini Dihasilkan Dengan Sulaman Tangan
Hadir dengan gabungan elemen kehalusan kerja tangan moden dan ciri-ciri kemewahan, Bentley Mulliner menayangkan Grand Tourer elektrik pertamanya, Flying Spur Mulliner yang agak serba baharu.
Mengambil tempat barisan jentera flagship Bentley, Flying Spur Mulliner dikatakan bakal menarik perhatian kliennya yang mahukan fokus terbaik terutamanya dalam perincian elegan.
Penggunaan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2.9 liter bentangan V6, V8 atau W12 akan membuatkan para pelanggannya mendapat manfaat daripada setiap perincian yang ditawarkan produk Mulliner ini.
Perincian yang dikatakan itu termasuk rim aloi Mulliner bersaiz 22 inci yang digilap dengan kilat.
Model ini menggunakan gril hadapan Double Diamond dan gril hadapan krom yang dipadankan dengan ventilasi sayap berjenama bespoke Mulliner dan penutup cermin berlapis Satin Silver.
Bentley Flying B ikonik diterangi secara elektronik, sementara Flying Spur Mulliner pula dilengkapi dengan penutup tangki minyak jewel.
Lebih menarik, bahagian kokpitnya dihiasi dengan tempat duduk yang dijahit dengan tangan selain dipadankan dengan warna aksen dan sulaman Mulliner yang unik
Misalnya, anda boleh melihat kabin dalamannnya yang hadir dengan material kulit berwarna biru imperial pada panel instrumen dan trim pintu.
Sebaliknya, material kulit yang dikenali sebagai Camel pula menghiasi seluruh bentangan kerusi jentera ini.
Malah, pipa mikro putih termasuk sulaman garisan gabungan aksen yang merupakan warna ketiga turut dilihat menghiasi bahagian dalaman Mulliner yang unik ini.
Gabungan warna seperti Flare dan Sirius turut menambahkan elemen keberanian.
Dilengkapi sebagai standard ialah Spesifikasi Memandu Mulliner yang menawarkan selimut “Diamond-in-Diamond” yang indah ke kerusi dan aplikasi kulit tiga dimensi ke pintu.
Tahukah anda, proses sulaman pada selimut Diamond-in-Diamond telah mengambil masa kira-kira 18 bulan.
Bentley berkata, setiap selimut berlian mengandungi tepat 712 jahitan individu, masing-masing sejajar dengan pusat berlian yang diperbuatnya.
Bagi bahagian tengah pula, papan pemuka jentera ini dihiasi dengan jam Mulliner berwarna perak yang bersaiz kecil dan berbentuk bulat.
Selain itu, tema klasik Bentley juga diteruskan ke bahagian paparan panel instrumen LED yang digayakan dengan grafik baharu dan serba eksklusif.
Ia juga dilengkapi dengan paparan berputar Bentley, pedal sport, roda stereng 3-spoke dan bumbung panorama dikatakan menambahkan lagi suasana mewah.
Apa yang lebih unik ialah ia turut dipasang dengan meja berkelah elektrik di bahagian belakang kerusi hadapan. Ia boleh dibuka dengan hanya menekan butang di bahagian meja berkenaan.
Meja venir dikatakan mempunyai kemasan kulit yang bagus, lengkap dengan slot untuk meletakkan pen.
Flying Spur Mulliner juga didatangkan dengan kotak kunci buatan tangan berjenama Mulliner yang dipandankan dengan konfigurasi kabin dalam tiga warna.
Seperti mana dikatakan tadi, jentera ini didatangkan dengan trenkuasa W12 dan V8 termasuk Hibrid V6.
Ia dilengkapi dengan enjin 6.0 liter bentangan 212 dengan pengecas turbo berkembar membuatkan Flying Spur mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 3.8 saat manakala kelajuan tertingginya pula mencatatkan 333 km/j.
Sementara itu, enjin 4.0 liter, pengecas turbo berkembar V8 pula mampu menyalurkan kelajuan tertinggi sekitar 318 km/j dan pecutan dari 0-100 km/j pula hanya dalam masa 4.1 saat.
Bagi enjin hibrid V6 pula, ia mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 4.3 saat dan kelajuan tertingginya pula adalah 285 km/j.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/