Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Angka-Tan Motor Sdn Bhd, anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro  yang ditawarkan pada harga RM98,888 di atas jalan, tidak termasuk insurans.

 

"Kami di Angka-Tan Motor sangat gembira untuk menyambut kedatangan jenama baharu dan sebuah model serba baharu.  JMC Vigus Pro ialah sebuah trak pikap yang bergaya dan versatil, dibangunkan melalui kejuruteraan bertaraf premium.  Sama ada digunakan untuk tujuan kerja atau keseronokan, Virgus Pro bersedia untuk memenuhi kehendak pengguna trak pikap di Malaysia selepas berjaya membuktikannya sebagai trak pikap yang kedua terlaris dalam pasaran negara China," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd dan Pengarah Eksekutif Angka-Tan Motor, Tan Keng Meng dalam sebuah acara pelancaran maya.



Virgus Pro dikuasakan oleh enjin diesel Puma berpengecas turbo 2.0L yang mampu mencapai kuasa 139 hp dan tork 340 Nm pada 1,500 rpm ke 2,600 rpm.  Ia digabungkan dengan transmisi automatik ZF 8 kelajuan.



Trak ini dilengkapi dengan lampu depan yang kecil bersama lampu DRL berbentuk C, pelindung bampar rendah, lampu belakang 3D, lampu brek ketiga yang dipasang tinggi, tempat pemijak sisi, cermin tepi lipatan automatik dengan indikator LED, rim dua tona bersaiz 16 inci, stereng pelbagai fungsi yang berbalut kulit yang lengkap dengan pedal penukar gear, gearshift selector elektronik, skrin sentuh berwarna 8 inci dan banyak lagi. 



Dari segi keselamatan, Virgus Pro dilengkapi dua beg udara, pengunci diferensial limited-slip Eaton, kawalan turun bukit, bantuan mula-daki, sistem brek anti-kunci dengan agihan daya brek elektronik, program kestabilan elektronik dengan kawalan cekaman, kamera undur dan poin pemasangan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

 

Terdapat empat pilihan warna - Steady Brown, Solid White, Brilliant Silver dan Glossy Black. JMC Vigus Pro hadir dengan perlindungan selama tiga tahun atau 100,000 km, mana-mana yang sampai terlebih dahulu.



Buat masa ini, Mayflower Car Rental Sdn Bhd merupakan pelanggan pertama syarikat dengan tempahan sebanyak 30 unit Virgus Pro.

 

"18 bulan sebelum ini merupakan tempoh yang mencabar untuk semua, kami gembira dengan kerjasama dan juga sokongan yang diberikan oleh Jiangling Motors Company (JMC) dan Tan Chong Group bagi menjadikan ini satu realiti.  Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Mayflower Car Rental Sdn Bhd kerana menjadi pelanggan pertama kami.  Kepercayaan dan keyakinan mereka merupakan bukti yang kukuh kepada Vigus Pro dan Angka-Tan Motor," kata Tan.



JMC Virgus Pro dipasangkan dalam negara di kilang Tan Chong Motor yang bertempat di Serendah, Selangor.  Trak ini sudah boleh mula dilihat atau dipandu uji di kesemua 13 lokasi pengedar Angka-Tan Motor seluruh negara.

 



Penghantaran kepada pembeli dijangka akan dimulakan pada penghujung Oktober 2021.

Gallery

Tag:

Jiangling Motors Co.
JMC Vigus Pro 4x4 Pick-up Truck
Angka-Tan Motor Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.

05-10-2021
Berita Auto

Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial

10-05-2024
Berita Auto

TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru

TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru baru-baru ini.

23-03-2022
Kereta Baru

Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.

05-10-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru