Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Honda Jazz Bakal Dihentikan?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Saya berasa seolah-olah baru sahaja semalam menghadiri majlis pelancaran Honda Jazz namun sebenarnya model yang dipasang secara tempatan ini telah dilancarkan sejak 18 tahun lalu di Malaysia.Sejak itu, Honda dikatakan telah berjaya menjual lebih 100,000 unit kenderaan itu.

Sebaliknya, timbul khabar angin bahawa pengeluaran Honda Jazz bakal ditamatkan tidak lama lagi. Namun, jangan salah sangka! Ini kerana Honda Jazz masih wujud di Malaysia termasuk di beberapa negara lain.

Misalnya, Singapura dilaporkan menerima  Honda Jazz generasi baharu yang diimport sepenuhnya dari Jepun.



Negara itu dikatakan telah menerima tiga varian Honda Jazz iaitu 1.5 Base CVT, 1.5 Home CVT dan e:HEV Luxe Hybrid.

Memetik kenyataan portal berita automatif tempatan, model Honda Jazz yang dilancarkan di Singapura merupakan  versi petrol sepenuhnya dan juga versi hibrid.

Model 1.5 Base akan dijual pada harga bermula S$98,999 (RM300,700), manakala model 1.5 Home pula akan dijual pada harga bermula S$101,999 (RM309,800). 

Sementara itu, model hibrid Luxe pula akan dijual pada harga S$103,999 (RM315,900). 

Bagaimanapun, berbalik ke khabar angin tadi, desas -desus mengatakan bahawa pengeluaran Honda Jazz akan dihentikan tidak lama lagi .

Ada yang mengatakan varian City Hatchback akan menggantikan model Jazz . Buat masa ini, ada dua model yang telah dilancarkan di beberapa negara  jiran tetapi belum tiba di Malaysia iaitu Honda City Hatchback dan juga Honda Civic generasi ke-11.



Sementara itu tular sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pekerja bergambar di hadapan sebuah Honda Jazz.

Sekeping gambar lain pula menunjukkan satu nota yang tertera perkataan “2012-2021 Honda Jazz Last Production Unit, Bye..Bye.

Bagaimanapun, lokasi gambar dirakam tidak dinyatakan. Sebaliknya, usaha Caricarz! Untuk mendapatkan komen daripada Honda juga gagal.

Bagi pendapat anda, model manakah yang bakal menggantikan Honda Jazz, City Hatchback atau Honda Civic generasi ke-11?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!


Tag:

Honda
Honda Malaysia
Honda Jazz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026