Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pelbagai tanggapan dibuat selepas beberapa gambar  menunjukkan kereta polis jenis BMW M3 Competition, BMW X3 dan dua unit Volkswagen Tiguan  mula tular di media sosial sejak pagi tadi.


Netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk ada yang mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia bakal menggunakan BMW itu sebagai kenderaan pengiring bagi kegunaan istana.

Ini kerana terdapat kod “CPP 01” yang merujuk kepada Cawangan Pengawal Pengiring.


Malah, tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa jentera itu  sebenarnya adalah  kereta prop bagi kegunaan  penggambaran filem.

Sebaliknya, laporan berita automotif tempatan menyifatkan jentera itu berkemungkinan akan muncul dalam filem Polis Evo 3 atau The Catcher.

Ada ura-ura mengatakan bahawa peluang untuk ia untuk membintangi The Catcher adalah lebih tinggi kerana filem tersebut membabitkan kos penghasilan filem paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 

Filem itu dikatakan bakal memaparkan gaya hidup dan juga budaya ubahsuai kereta di Malaysia yang telah menelan belanja lebih RM50 juta.  Ia juga bakal memecahkan rekod dunia kerana bakal menampilkan 500 buah "supercar" dalam filem ini.

Namun sejauh mana kebenaran di sebalik kenyataan itu masih belum disahkan oleh mana-mana pihak, baik BMW mahupun PDRM sendiri.


Sebaliknya, usaha Caricarz  untuk mendapatkan pengesahan dari Kumpulan BMW Malaysia juga gagal. 

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai spesifikasi jentera ini.


Untuk makluman anda, BMW M3 Competition dikuasakan oleh enjin petrol 3.0 liter BMW M TwinPower Turbo enam silinder sebaris yang mampu menjana 510 kuasa kuda dan 650 Nm daya kilas.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic. Menerusi spesifikasi ini, malah 'King of The Road' - Myvi juga tidak mampu mengalahkan jentera ini.

Begitupun, jika benar ia digunakan untuk filem penggambaran, maka ia bukannya aset PDRM ya! 


Tag:

bmwgroup
BMW M3 Competition
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

28-12-2022
Berita Auto

28-02-2022
EV
Rahsia Di Sebalik Siri BMW

Rahsia Di Sebalik Siri BMW

BMW mendedahkan sejarah asal-usul nama modelnya.

28-01-2022
EV
BMW Malaysia Anjur Acara Kemampanan & Kenderaan Masa Depan

BMW Malaysia Anjur Acara Kemampanan & Kenderaan Masa Depan

BMW Malaysia anjur acara kemampanan & kenderaan masa depan.

16-01-2022
Berita Auto
Program Itu Diadakan Bersama Ape Malaysia

Program Itu Diadakan Bersama Ape Malaysia

Sebanyak 735 pokok ditanam di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah.

15-12-2021
Berita Auto

08-04-2021
EV

19-03-2021
Berita Auto
BMW Group Malaysia Menawarkan Tawaran&Promosi Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

BMW Group Malaysia Menawarkan Tawaran&Promosi Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

BMW Group Malaysia menawarkan pelbagai kempen Istimewa di pusat pengedar BMW sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-58.

15-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026