Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program Itu Diadakan Bersama Ape Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW Group Financial Services Malaysia  mengumumkan komitmennya ke atas usaha penghutanan semula apabila berjaya menanam sebanyak 735 pokok di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah baru-baru ini.

Program berkenaan diadakan untuk memulihkan habitat haiwan terancam yang meliputi orang utan, gajah kerdil selain menangani isu untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon.

Difahamkan, program itu adalah anjuran bersama pertubuhan projek Kebajikan Hidupan Liar Animal Projects & Environmental Education (APE) Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia, Matthias Schlesiger berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai program sejak beberapa tahun lalu.

Antaranya, kempen BMW Safety 360° dimana pihaknya berjaya mengumpul sumbangan untuk membiayai kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga yang memerlukan.

“Kini, kami telah melanjutkan usaha yang sama namun ke arah konservasi biodiversiti. Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan APE Malaysia untuk menyokong usaha penghutanan semula mereka di Borneo,” katanya.


Malah, inisiatif itu turut melibatkan sumbangan berjumlah RM 100 yang dibuat bagi pihak pelanggan BMW dan MINI). 

Setiap kontrak itu dibiayai untuk model-model PHEV seperti BMW 330e M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 740Le xDrive, BMWX5 xDrive45e M Sport, MINI Cooper SE Countryman ALL4 dan MINI Cooper SE tiga pintu.


Bagi setiap RM100 yang dikumpul itu, sekurang-kurangnya lima pokok baharu berjaya ditanam di di santuari berkenaan.

Bagaimanapun, inisiatif oleh pihak BMW akan diteruskan manakala para pelanggan yang mahu memiliki PHEV idaman mereka berpeluang untuk melakukan amal kebajikan dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 itu.

Mulai hari ini sehingga 31 Disember, RM100 daripada setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model PHEV BMW dan MINI yang telah disenaraikan akan disalurkan kepada dua organisasi bukan kerajaan tempatan: Refuge for the Refugees dan Empire Project.


Gallery

Tag:

bmwgroup
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Acara Pecah Tanah Hab Flagship  Pengecas EV Di Jalan Kuching

Acara Pecah Tanah Hab Flagship Pengecas EV Di Jalan Kuching

Millenium Welt dan Gentari Malaysia bakal membuka hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang pertama di Jalan Kuching.

13-12-2023
Berita Auto
Nagel Terajui BMW Group Malaysia Bermula Tahun Depan

Nagel Terajui BMW Group Malaysia Bermula Tahun Depan

BMW Group AG lantik presiden baharu.

07-12-2023
EV
BMW iX XDrive50 Sport 2023, 523hp, 765 Nm, Harga Lebih RM500K

BMW iX XDrive50 Sport 2023, 523hp, 765 Nm, Harga Lebih RM500K

Sebaik melangkah masuk tahun 2023, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW iX xDrive50 Sport ke pasaran tempatan baru-baru ini.

03-01-2023
EV
Rahsia Di Sebalik Siri BMW

Rahsia Di Sebalik Siri BMW

BMW mendedahkan sejarah asal-usul nama modelnya.

28-01-2022
EV
BMW Malaysia Anjur Acara Kemampanan & Kenderaan Masa Depan

BMW Malaysia Anjur Acara Kemampanan & Kenderaan Masa Depan

BMW Malaysia anjur acara kemampanan & kenderaan masa depan.

16-01-2022
Berita Auto
Industri Automotif  Bantu Mangsa Banjir

Industri Automotif Bantu Mangsa Banjir

Industri automotif tidak melepaskan peluang dengan menawarkan pelbagai diskaun untuk meringankan beban para pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

22-12-2021
Berita Auto
Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!

Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!

Gambar kereta polis BMW M3 Competition jadi perbualan netizen.

07-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto
Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto
Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto
Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto
Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto
Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026