Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA CKD 2021 Dilancarkan Di Malaysia: Ciri Seperti Model Import Kekal Tapi Lebih Murah!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mendedahkan dua varian GLA terbaharu yang dipasang di dalam negara (CKD) semasa sesi pelancaran besar-besaran yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac). Turut dilancarkan dalam majlis yang sama, ialah model CKD lain iaitu A-Class Sedan.

 



Dari segi harga, model CKD ini kini lebih murah memandangkan pemasangan kini dilakukan di dalam negara, dan tiada sebarang perubahan dilakukan, ciri kekal sama seperti versi import.  GLA 200 Progressive Line kini ditawarkan pada harga RM232,379 (di atas jalan tanpa insurans), dan  GLA 250 AMG Line  pula pada harga  RM266,164 dengan pengecualian cukai SST yang ditawarkan sehingga akhir tahun ini.




GLA 200 menggunakan enjin petrol berpengecas turbo 4 silinder 1.3L Renault M282 yang boleh memberi kuasa sehingga 161 hp pada 5,500 rpm dan tork 250 Nm pada 1,620 e 4,000 rpm.  Enjin ini digabungkan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan Getrag.  Ia boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 8.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j.


Sementara itu, GLA 250 pula dikuasakan oleh enjin 2.0L M260 dengan kuasa 222 hp pada 5,500 rpm dan tork 350 Nm antara 1,500 ke 4,500 rpm.  Ia menggunakan transmisi DCT lapan kelajuan dan mampu bergerak daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.  Berbeza dengan generasi GLA 250 sebelum ini, versi terkini tidak memiliki sistem pacuan semua roda.



Kedua-dua GLA 200 dan GLA 250 dilengkapi lampu depan  LED berprestasi tinggi, pakej cermin dan rel bumbung.  GLA 200 memiliki ciri luaran sebuah Progressive Line dengan rim aloi dengan lima jejari berkembar bersaiz 18 inci.  GLA 250 pula tampil dengan badan AMG Line. Ciri ini dapat dilihat melalui pemasangan spoiler depan, kemasan berwarna hitam berkilat, gril trapezoidal  dengan pin krom dan juga rim   aloi dua tona rekaan AMG bersaiz 19 inci.



Model ini tampil dengan kelengkapan standard lain iaitu sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan paparan kembar instrumen dan infotainmen bersaiz 10.25 inci, kemasukan tanpa kunci, butang push-start, bantuan parkir, kamera undur, pakej Light and Sight, but kereta yang boleh dibuka secara automatik dan juga kerusi depan yang boleh dilaraskan secara automatik dengan fungsi memori.



Kit khas untuk GLA 200 ialah suspensi Comfort, kerusi Comfort dan elemen kemasan berbentuk lingkaran, versi CKD ditambahkan dengan lampu kabus depan.  GLA 250 AMG pula menerima suspensi Comfort yang direndahkan, sementara bahagian dalam pula ditampilkan dengan kerusi depan Sports.

 

Model ini turut dilengkapi stereng jenis rata di bahagian bawah, pedal penukar gear, treadplate dengan iluminasi AMG serta kemampuan untuk menghidupkan enjin dari jarak jauh.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026