Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Friskee Pink Ghost, Iced Turchese Black Badge Bakal Menarik Perhatian Penonton

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sempena perhimpunan Minggu Kereta Monterey yang ke-70, Rolls Royce mempamerkan dua Bespoke unik di Gathering Motorsports Quail.

Jenama mewah terkemuka di dunia itu dilihat mempamerkan dua jenteranya itu,  Rolls-Royce Ghost dan Cullinan Black Badge dalam Iced Turchese.

Presiden Rolls Royce Motor Cars, Martin Fritsches berkata, pihaknya akan mempamerkan dua jentera itu bagi tontonan orang ramai.

“Saya berharap dapat bertemu dengan pelanggan dan rakan-rakan, pada perjumpaan tahun ini. Mereka kelihatan teruja untuk melihat rekaan luar biasa ini,” katanya.

Di sebalik itu, siri paling berjaya dalam sejarah Marque yang berusia 117 ialah model terbaharu Ghost yang hadir dengan kemasan berwarna merah jambu iaitu Bespoke Friskee Pink.

Warna ini dilihat menyerlahkan lagi keaslian dan rekaan minimalis Ghost Post Opulent.

Bagi menyempurnakan warna, ruang kabin dihiasi dengan kulit  berwarna Navy Blue dan Arctic White yang menggabungkan material kulit baharu Rolls Royce, Shieda.

Jika diamati dengan lebih dekat, jentera berwarna magenta pink ini dihiasi dengan satu garisan panjang yang tidak putus di seluruh kabinnya.

Ia yang turut dihiasi dengan nilai estetika yang lebih berani dan memikat hati, siri Cullinan Black Badge dilihat menjangkaui rekaan Bespoke.

Bagaimanapun, Cullinan Black Badge dilihat bercirikan Iced Turchese di bahagian luaran dengan  perincian signatur Black Badge di sekelilingnya sekali gus mewujudkan aura yang lebih berani.

Menyelami bahagian dalamannya lagi, warna kabinnya dilihat kontra. Ini kerana anda boleh melihat jalur pelapis berwarna hitam dipadankan dengan kulit Turchese.


Begitupun, logo Turchese bespoke kelihatan sama dengan simbol infiniti dan ciri khas Black Badge sememangnya menggabungkan Teknikal Gentian Karbon Venir dan elemen kokpit lain.


Secara jelasnya, Ghost dan Cullinan Black Badge direka untuk pelanggan Rolls Royce yang menolak kesesuaian dan berani untuk tampil dengan gaya berbeza.


Gallery

Tag:

Rolls Royce
Rolls Royce Bespoke Collective
Rolls-Royce Ghost
Rolls-Royce Black Badge Cullinan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-03-2024
Global

14-01-2024
Global
Global

06-10-2023
Global

07-03-2023
Global

03-12-2022
Global

18-10-2022
Global

08-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026