Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Range Rover Sport SVR Edisi Ultimate Dalam Warna Yang Unik!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Buat julung kalinya, Special Vehicle Operations melancarkan Range Rover Sport SVR edisi khas dengan pilihan warna solid glass flake untuk luaran badan kereta.






Bagi yang berminat, tedapat tiga warna pilihan iaitu Gloss Maya Blue dan Gloss Marl Grey (eksklusif untuk edisi Ultimate) dan juga Satin Ligurian Black. Di samping itu, setiap warna didatangkan dengan bumbung kontra yang berwarna Gloss Narvik Black.
















Enjin yang digunakan ialah enjin supercharged V8 5.0L yang boleh menghamburkan kuasa yang tinggi mencecah 567 hp dan tork 700 Nm.  Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 283 km/j.

 

"Range Rover Sport SVR memberi definisi baharu kepada kemampuan prestasi tinggi Land Rover setelah ia diperkenalkan pada tahun 2014. Kami telah menjual lebih daripada 20,000 unit sehingga hari ini, dan permintaan terhadap SVR dengan karakter yang dinamik dari segi kuasa, kemewahan dan keseronokan ini terus bertambah setiap tahun.

 

Ciri khas SV Bespoke untuk edisi Ultimate ini menambahkan lagi tarikannya," ujar Pengarah Komersial, Land Rover SV Bespoke, Mark Tuner. 









"Pasukan pereka SV Bespoke kami sentiasa berusaha keras untuk menghasilkan warna kenderaan yang mengujakan dengan ciri tersendiri.  Ini merupakan edisi SV Bespoke pertama yang kami telah tawarkan dengan tekstur yang cantik beserta kemasan cat glass flake yang reflektif, ciri ini menjadikan Range Rover Sport SVR  edisi Ultimate sebagai sebuah model paling penting dalam pendekatan inovatif untuk personalisasi kami," ujar Pengurus Reka Bentuk, Warna & Bahan SV, Hannah Custance. 

 

SVR Ultimate Edition yang terbaharu ini telah membuat penampilan umum di Special Vehicle Operations, Salon Privé, Blenheim Palace pada 1-5 September lepas.  Tempahan untuk kereta ini sudah pun mula dibuka daripada 24 Ogos lepas.

Gallery

Tag:

Range Rover Sport SVR
Special Vehicle Operations
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Prestasi Tinggi Jentera Ini Meninggalkan Kesan Mendalam Dalam Filem No Time To Die

Prestasi Tinggi Jentera Ini Meninggalkan Kesan Mendalam Dalam Filem No Time To Die

Range Rover Sport SVR dirakam melakukan aksi esktrem menerusi filem James Bond, No Time To Die baru-baru ini.

27-10-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026