- Berita
- Kereta Baru
- Range Rover Sport SVR Edisi Ultimate Dalam Warna Yang Unik!
Range Rover Sport SVR Edisi Ultimate Dalam Warna Yang Unik!
Buat julung kalinya, Special Vehicle Operations melancarkan Range Rover Sport SVR edisi khas dengan pilihan warna solid glass flake untuk luaran badan kereta.
Bagi yang berminat, tedapat tiga warna pilihan iaitu Gloss Maya Blue dan Gloss Marl Grey (eksklusif untuk edisi Ultimate) dan juga Satin Ligurian Black. Di samping itu, setiap warna didatangkan dengan bumbung kontra yang berwarna Gloss Narvik Black.
Enjin yang digunakan ialah enjin supercharged V8 5.0L yang boleh menghamburkan kuasa yang tinggi mencecah 567 hp dan tork 700 Nm. Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 283 km/j.
"Range Rover Sport SVR memberi definisi baharu kepada kemampuan prestasi tinggi Land Rover setelah ia diperkenalkan pada tahun 2014. Kami telah menjual lebih daripada 20,000 unit sehingga hari ini, dan permintaan terhadap SVR dengan karakter yang dinamik dari segi kuasa, kemewahan dan keseronokan ini terus bertambah setiap tahun.
Ciri khas SV Bespoke untuk edisi Ultimate ini menambahkan lagi tarikannya," ujar Pengarah Komersial, Land Rover SV Bespoke, Mark Tuner.
"Pasukan pereka SV Bespoke kami sentiasa berusaha keras untuk menghasilkan warna kenderaan yang mengujakan dengan ciri tersendiri. Ini merupakan edisi SV Bespoke pertama yang kami telah tawarkan dengan tekstur yang cantik beserta kemasan cat glass flake yang reflektif, ciri ini menjadikan Range Rover Sport SVR edisi Ultimate sebagai sebuah model paling penting dalam pendekatan inovatif untuk personalisasi kami," ujar Pengurus Reka Bentuk, Warna & Bahan SV, Hannah Custance.
SVR Ultimate Edition yang terbaharu ini telah membuat penampilan umum di Special Vehicle Operations, Salon Privé, Blenheim Palace pada 1-5 September lepas. Tempahan untuk kereta ini sudah pun mula dibuka daripada 24 Ogos lepas.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv