Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jentera Ini Dilancarkan Di Malaysia Baru-Baru Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Wakil pengedar kenderaan Porsche, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mempamerkan kenderaan elektrik Cross Utiliti Sukan (CUV), Taycan Cross Turismo Di Malaysia.

Jentera baharu ini mempamerkan keselesaan dan ruang luas yang cukup mengagumkan.

Ia bercirikan teknologi inovatif 800 voltan yang menawarkan pengecasan pantas selain memiliki ruang kepala melebihi 47mm untuk tempat duduk belakang.

Selain itu, ruang kargo pula seluas 1,200 liter jika tempat duduk belakang direbahkan.

Secara standard, kesemua varian Taycan Cross Turismo didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 93.4 kWh dan barisan model yang dipasarkan ke Malaysia dikatakan hadir dalam tiga varian sahaja.

'Taycan 4 Cross Turismo’  mampu menghamburkan kuasa  280 kW (375 kuasa kuda) manakala Kawalan Pelancar pula menghasilkan kuasa pada 350 kW (469 kuasa kuda).

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam 5.1 saat manakala, kelajuan tertingginya pula 200 km/j selain mampu menempuh perjalanan sejauh 437 kilometer.

Kedua ialah Taycan 4S Cross Turismo. Ia menghasilkan kuasa 360 kW (483 kuasa kuda ) manakala, Kawalan Pelancar pula  420 kW (563  kuasa kuda).

Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 4.1 saat.

Kelajuan tertinggi pula 240km/j dan jarak operasinya pula sekitar 436km.

Jentera ketiga ialah Taycan Turbo Cross Turismo’. Jentera ini mampu menghamburkan kuasa setakat 460 kW (616 kuasa kuda) manakala, Kawalan Pelancarnya mampu menghasilkan kuasa  500 kW (671 kuasa kuda).

Jentera ini dikatakan mampu memecut dari 0-100km/j dalam hanya 3.3 saat dan merekodkan kelajuan tinggi sekitar 250km/j.

Lebih menarik, casis berteknologi tinggi dengan pacuan semua roda selain suspensi udara adaptif adalah ciri standard untuk semua barisan model Cross Turismo.


Dengan pakej Offroad Design opsyen, anda boleh meninggikan jarak kelegaan tanah Taycan Cross Turismo sehingga 30 mm.

Ia juga dikatakan mampu menawan laluan off-road yang mencabar terutama ketika menggunakan mod baharu "Gravel" yang dikhususkan untuk model ini.

Taycan Cross Turismo turut menerapkan ciri  kenderaan off-road seperti trim pada arka roda, muka hadapan yang unik diikuti pada bahagian sisi dan belakang.

Ia juga dikatakan mendapat perlindungan daripada impak batu ketika melayan laluan off-road.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera ini. Nampaknya, harganya tidaklah semurah yang disangka.

Harga Taycan 4 Cross Turismo’ bermula dari RM 645,209, ‘Taycan 4S Cross Turismo’ (RM 728,727) dan ‘Taycan Turbo Cross Turismo’ (RM 968,928).

Untuk makluman anda, Taycan Cross Turismo boleh dilihat di  Pusat Porsche di seluruh negara. 

Jangan lupa buat janji temu sebelum mengunjungi pusat pengedar sah dan anda juga boleh melayari https://bit.ly/TaycanCrossTurismo_MY.


Gallery

Tag:

Porsche Taycan Cross Turismo
Taycan Cross Turismo
Porsche Taycan CUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!

Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.

09-11-2022
Global

Sean Wotherspoon Cipta Kelainan Pada Porshe Taycan Turismo

Wotherspoon menghasilkan Taycan 4 Cross Turismo menerusi hasil sentuhannya sendiri.

12-06-2022
Berita Auto

Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!

Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo generasi terbaharu dikatakan telah ditambah baik dalam pelbagai aspek.

05-11-2021
Berita Auto

Kelima-lima negara itu memiliki iklim yang berbeza.

Jentera ini melakukan pandu uji di UK, Norway, AS, Eropah dan Jerman.

26-03-2021
Global

Taycan 4S Cross Turismo Lalui Laluan Mulholland Drive

Pengarah filem dan pemandu kereta lumba Porsche, Jeff Zwart tidak melepaskan peluang merasai pemanduan model sport kenderaan elektrik, Taycan 4S Cross Turismo di sekitar jalan Mulholland Drive, Amerika Syarikat.

12-03-2022
Berita Auto

Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!

Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo generasi terbaharu dikatakan telah ditambah baik dalam pelbagai aspek.

05-11-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026