Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebanyak 59 Peratus Pemandu Malaysia Tiada Insurans Bencana Alam

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, Zurich Malaysia melaporkan bahawa 59 peratus pemandu Malaysia tidak dilindungi insurans akibat banjir.


Ia didedahkan selepas satu kaji selidik Impak Pandemik terhadap Perlindungan yang dijalankan di seluruh negara.

“Ia sepatutnya menjadi satu kebimbangan besar untuk semua pengguna jalan raya kerana Malaysia kerap mengalami musim tengkujuh seperti musim Monsun Timur Laut yang melanda dari November hingga Mac tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain banjir, pengguna jalan raya dilihat tidak bersedia menghadapi risiko tanah runtuh.

“Hanya satu dalam setiap tiga pengguna jalan raya (34 peratus) dilaporkan mempunyai perlindungan untuk ribut, termasuk pokok tumbang manakala hanya 29 peratus dilindungi untuk tanah runtuh,” ujarnya lagi.


Hasil kaji selidik itu mendapati seramai 38 peratus daripada 990 responden yang memiliki kenderaan bermotor memilih untuk menggunakan ejen walaupun ada portal dalam talian.

Bagaimanapun, portal dalam talian adalah kaedah yang paling popular apabila sebanyak 43 peratus daripada pengguna jalan raya menggunakannya.

Sementara itu,  kira-kira  16 peratus daripada rakyat Malaysia pula memilih untuk walk-in.

Dari segi perlindungan insurans dan takaful kenderaan, Zurich Malaysia berkata kebanyakan rakyat Malaysia memilih pelan yang meliputi semua pemandu (36 peratus) dan bukannya hanya pemandu yang dinamakan dalam polisi (34 peratus).

Lebih mengejutkan, sebanyak 47 peratus daripada responden melaporkan mereka tidak pasti dengan kandungan pelan perlindungan mereka dan hanya berdaftar semata-mata untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kenderaan yang sah supaya dapat memperbaharui cukai jalan.

Kaji selidik yang dijalankan pada September lalu melibatkan 1,201 rakyat Malaysia dari seluruh negara dengan 990 daripadanya adalah pemilik kenderaan. 

Adakah anda sudah membeli insurans banjir dan tanah runtuh? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini! 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026