Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LX 600 Tampil Lebih Sporty

Suhana Veru

Kongsi melalui

Buat masa ini, Lexus Jepun dikatakan hanya akan menawarkan LX600 edisi off-road. Ia didatangkan dengan ciri-ciri standard seperti sistem pembezaan kunci di bahagian hadapan, tengah dan belakang.


Ia juga hadir dengan tayar 18 inci yang sesuai untuk semua permukaan jalan.

Bagaimanapun, jentera ini menampilkan beberapa modifikasi yang agak baharu. Maka, desas-desus mengatakan ia bakal menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Ciri yang baru dinaik taraf ialah ia kini memiliki tayar yang lebih tebal bagi memudahkan jentera itu meredah laluan off-road.


Seperti disebutkan tadi, ia juga kini hadir dengan pembezaan kunci di gandar hadapan, belakang dan satu lagi di dalam kotak pemindahan pacuan empat roda.

Ia bertujuan untuk menghantar tork secara sama rata pada setiap roda. Oleh itu, ia akan memberikan lebih kawalan off-road untuk LX 600.


Edisi off-road ini juga menampilkan lapisan plastik hitam selain fender dan grill yang agak berbeza berbanding model Premium, Ultra Luxury dan F Sport dimana ia disahkan akan dijual di pasaran AS.

Kehadiran gril berwarna matte black dan fender plastik menyebabkan ia kelihatan sporty.

Apapun, jentera ini hanya dijual di Jepun.

 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026