Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bermulanya Era Baharu Opel Astra

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.

 

Ditayangkan kepada umum buat julung kalinya pada bulan Oktober lalu di Rüsselsheim, model generasi terbaharu yang terlaris  dalam kelas kompaknya ini kini sudah boleh mula ditempah.



Ketua Pegawai Eksekutif Opel, Uwe Hochgeschurtz berkata, "Reka bentuk Opel Astra yang berani dan tulen ini akan menggembirakan ramai pelanggan.  Selain itu, model kompak baharu kami juga menawarkan lebih banyak lagi (ciri menarik), terutamanya dari segi penjimatan, digabungkan dengan pelbagai teknologi inovatif dan jenis trenkuasa, daripada petrol, diesel hinggalah kepada plug-in hibrid. Dari awal tempahan lagi, pelanggan kami boleh memilih jenis trenkuasa yang tepat bergantung kepada minat dan profil pemanduan.  Elektrik, efisien dan menyeronokkan, itulah (definisi) Astra yang terbaharu."

 

Ditawarkan pada harga yang sama dengan model terdahulu, kereta lima pintu ini boleh dibeli pada harga EUR 22,465 (kira-kira RM 107,107) di Jerman.



Kereta ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.2L, 3 silinder turbo dengan sistem suntikan terus  yang boleh menghamburkan kuasa maksimum mencapai 81 kW (110 hp).

 

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan, dengan kadar penggunaan bahan api sebanyak 5.4-5.5L/100km dan emisi karbon 123-126 g/km berdasarkan WLTP.



Untuk keluaran kali ini, daripada awal pelancaran lagi, Astra terbaharu ini turut hadir dalam versi elektrik yang berharga EUR 35,800 (kira-kira RM 170,717).

 

Walau bagaimanapun, selepas ditolak dengan bonus alam sekitar (Environmental Bonus), harga jualan Astra Hybrid hanyalah EUR 28,622.50 (kira-kira RM 136,490).



Kuasa yang tinggi dengan kadar efisien maksimum dijanjikan bagi versi ini. Sistem hibrid ini mampu mencapai kuasa output lebih tinggi berbanding versi petrol dengan kuasa maksimum 133 kW (180 hp) dan tork maksimum 360 Nm. 

 

Berdasarkan kitaran WLTP, Astra Hybrid memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan 1.0-1.1L/100km dan emisi karbon daripada 22-26g/km.



Dari segi jarak perjalanan, dalam mod elektrik sepenuhnya, Astra Hybrid boleh melalui perjalanan sejauh 60 km tanpa emisi. 

 

Sementara itu, untuk versi hibrid tertinggi model ini, kuasa output yang boleh dicapai ialah 165 kW (225 hp).



Kadar penggunaan bahan apinya ialah daripada 1.1-1.4/100 km dengan kadar emisi karbon daripada 24-31 g/km (WLTP).

 

Bermula tahun 2023, model bateri-elektrik Opel-Astra-e akan menyempurnakan lagi portfolio syarikat.



Dari segi rekaannya, ia tampil bergaya dengan pelbagai kelengkapan canggih. 

 

Astra kini hadir dengan wajah jenama terkini, Opel Vizor, dengan reka bentuk yang lebih dinamik, tanpa elemen yang terlalu berlebihan.



Ciri paling menyerlah pada bahagian luar model ini ialah penggunaan lampu piksel LED Intelli-Lux adaptif dan bebas silau. 



Sistem ini datang daripada model andalan Opel, Insignia dengan elemen 168 LED, ia merupakan peneraju dalam kelas kereta kompak dan kereta bersaiz sederhana.

 

Bergerak ke bahagian dalam, dapat dilihat pelbagai ciri moden. Pemandu akan terus melihat ciri yang menyerlah di ruangan kabin iaitu paparan digital sepenuhnya Pure Panel yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar yang lebar.



Tetapan kereta yang lain seperti iklim masih boleh dikawal dengan menggunakan suis. 

 

Untuk keselesaan, tempat duduk yang digunakan tampil dengan ciri selesa yang disahkan oleh AGR (Aktion Gesunder Rücken e.V.) bagi tempat duduk depan.



Di samping itu, keselesaan pemandu dimaksimumkan lagi dengan sistem bantuan canggih seperti paparan-di-kepala dan juga pandangan keliling 360 darjah (Intelli-Vision).


Ciri tambahan lain selain daripada sistem standard ialah amaran pelanggaran hadapan dengan brek kecemasan automatik, pengesan pejalan kaki, amaran keluar lorong, tanda kelajuan dan pengesan mengantuk.

 

Opel Astra versi lima pintu akan mula dihantar kepada pelanggan pada awal tahun 2022 dan bakal diikuti oleh model yang sporty dan elegan, Opel Astra Sports Tourer.

 

Gallery

Tag:

Opel
Astra
Opel Astra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.

09-04-2022
Global
Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.

06-04-2022
Berita Auto
Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut

Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut

Opel, baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model kereta keluaran terbaharu, Rocks-e.

31-01-2022
Kereta Baru
Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.

09-04-2022
Global
Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.

06-04-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru
Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru
Proton X50 Facelift 2025  Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru
BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru
Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga  𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025