Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EX3 Kini Sudah Masuk Ke Pasaran China!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Geely Auto Group memperkenalkan satu lagi kereta premium elektrik Geometry yang terbaharu iaitu crossover EX3.

Ia mampu melakukan perjalanan sejauh 322 kilometer dengan menggunakan pek bateri 37.23 kWh yang boleh dicas dari 0 hingga 80 peratus hanya dalam 30 minit. Ia menggunakan pengecas berkelajuan tinggi DC.


Jentera itu dikatakan boleh dicas dengan mudah. Ia boleh dicas dengan menggunakan soket 220V yang lazimnya terdapat di kawasan kediaman.

EX3 yang menggunakan e-motor berkuasa 70 kWh mampu menghamburkan tork 180 Nm selain sistem breknya juga dikatakan agak berkesan.

Menyentuh mengenai ciri keselamatam, EX3 dilengkapi dengan beg udara berkembar, sensor undur dan kamera termasuk sistem pemantauan tekanan tayar.

Ia juga hadir dengan beberapa ciri keselamatan lain seperti ABS, EBD. Model ini juga hadir dengan bar anti-perlanggaran berkuasa tinggi pada bahagian hadapan dan belakang.

Jentera berkenaan juga menggunakan teknologi pengurusan suhu yang memastikan kenderaan berkenaan boleh dicas dengan pantas biarpun ia berada dalam persekitaran  panas atau sejuk.

Bagi memanjangkan jangka hayat bateri, teknologi pengurusan suhu dikatakan dapat memastikan suhu bateri berada pada paras 20°C.

EX3  mempunyai ukuran panjang 4,005 mm, lebar 1,760 mm dan tinggi 1,575 mm, dengan jarak roda sepanjang 2,480 mm.

Ia menawarkan ruang dalaman yang berkelas  selain mampu  memuatkan sekurang-kurangnya  lima orang.

Terdapat sekurang-kurangnya 26 ruang penyimpanan dimana kesemua penghuni kenderaan ini boleh menyimpan pelbagai barangan mereka.

Menyentuh mengenai ruang butnya, EX3 mempunyai ruang but sebesar 500 liter yang boleh diperbesarkan sehingga 1,050 liter dengan melipat tempat duduk belakang

Begitupun, suasana kabinnya agak bergaya, bersih dan canggih memandangkan ia dibina dengan menggunakan dua tona warna hitam dan biru .

Kemasan suede dan tempat duduk yang ergonomik, sudah pasti akan membuatkan kesemua penghuninya berasa begitu selesa.

Sistem infotainmennya pula terdiri daripada kluster instrumen digital berukuran 10.25 inci dan skrin infotainmen lapan inci di atas papan pemuka.


Selain itu, teknologi G-Link merupakan adalah ciri standard untuk EX3. Ia merangkumi pencerminan peranti mudah alih, muzik QQ, navigasi Autonavi, radio Ximalaya, kawalan suara, Wi-Fi dalam kereta dan beberapa aplikasi pintar yang lain.

Bagaimanapun, jentera ini akan dijual buat pertama kali di pengedar sah Geometry yang terdapat sekurang-kurangnya di 20 lokasi di seluruh China.


Desas-desus mengatakan syarikat berkenaan berhasrat untuk menjual kenderaan itu di pasaran luar negara pada masa akan datang.

Geometry EX3 merupakan kenderaan lima tempat duduk yang paling murah di China memandangkan harga prajualannya bermula pada harga 59,700RMB (RM 38.940).


Gallery

Tag:

Geely Geometry
Geometry
Geometry EX3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026