Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max.

HSDM turut mengumumkan bahawa jentera itu akan ditawarkan  pada harga bermula dari RM149,888 untuk e-Lite, e-Plus (RM169,888) manakala e-Max pula berharga  RM199,888.

Mengenai spesifikasinya, e-Lite dan e-Plus dilengkapi dengan bateri 39.2 kilowatt/ jam (kWh) dimana ia mampu menghamburkan kuasa 136 PS dan tork 395 Nm.

Kedua-dua varian ini dikatakan mampu melakukan jarak pemanduan sejauh 305 kilometer.

Bagi kelajuan maksimum kedua-dua varian ini ialah sekitar 155km/j.

Bagi model 64 kWh pula, ia menerima motor yang lebih berkuasa dengan 204 PS dengan tork yang sama iaitu 395 Nm.

Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestasinya juga agak memberangsangkan. 

Manakan tidak, ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 7.9 saat dan kelajuan maksimumnya pula 167 km/j.

Menyentuh mengenai sistem pengecasan jentera ini, Kona Electric didatangkan dua port pengecas: Type 2 AC dan  CCS2 DC. 

Bagi varian e-Lite, ia memiliki pengecas 7.2 kW onboard fasa-tunggal. Pengecasan biasa  dengan pengecas 7.2 kW itu dikatakan  memerlukan masa 6.5 jam untuk mendapatkan bateri penuh dari 10 hingga 80 peratus (90 sel)

Varian e-Plus dan Max yang menggunakan pengecas dalaman 11 kW, tempoh pengecasannya akan menjadi 4.5 jam sahaja dan jika ia menggunakan menggunakan pengecas yang sama ini untuk bateri 64 kW, ia akan memakan masa selama 7.5 jam.

Sementara itu, pengecasan pantas DC menggunakan pengecas 50 kW akan memerlukan masa 60 minit untuk penuh bagi model 39.2 kWh, manakala 90 minit untuk mengecas model dengan bateri 64 kWh.

Pun begitu dengan pengecas 100kWh pula, ia mengambil masa yang agak singkat iaitu sekitar 47 minit.

Bagaimanapun, jika anda menggunakan (in-cable control box), ia mengambil masa 22 jam untuk mengecas versi 39.2 kWh manakala 31 jam untuk 64 kWh.

Kesemua varian didatangkan dengan lampu hadapan LED, lampu belakang LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus belakang, lampu hadapan auto dan Remort Start termasuk rim aloi 17 inci.

Ketiga-tiga varian ini hadir dengan ciri sama: balutan kulit, penghawa dingin zon tunggal, kawalan audio stereng, tiga port pengecas, kluster instrumen 10.25 inci, paparan skrin lapan inci, sistem audio enam speaker dan sambungan wayarless Apple CarPlay dan Android Auto.

Namun tahukah anda, varian e-Lite tidak didatangkan dengan sistem paparan head-up dan pengecas wayarles seperti mana yang ada pada e-Plus dan e-Max.

Anda perlu melaraskan bahagian tempat duduk hadapan secara manual jika anda membeli varian biasa.

Bagi dua varian lebih tinggi, kerusi pemandu diberikan larasan kuasa 10-arah dan   penumpang di hadapan hanya ada larasan lapan-arah. 

Kesemua Kona Electric didatangkan dengan enam beg udara termasuk ESC, ABS, VSM, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki.

Ketiga-tiga varian juga dilengkapi dengan Hyundai SmartSense.

Ia hadir dengan beberapa aspek keselamatan seperti ntuan penghindaran perlanggaran titik buta (BCA — Plus dan Max sahaja) manakala bantuan penghindaran perlanggaran lintasan trafik di belakang (RCCA pula hanya terdapat pada Plus dan Max).

Varian e-Plus dan e-Max didatangkan dengan amaran keluar dengan selamat yang berfungsi untuk memberi amaran kepada penumpang tentang bahaya yang akan datang.

Varian e-Lite didatangkan dengan bantuan mengekalkan lorong (LKA), bantuan mengikut lorong (LFA), amaran pergerakan kenderaan hadapan (LVDA), bantuan lampu tinggi, amaran perhatian pemandu (DAW), amaran penumpang belakang (ROA) dan amaran keluar selamat (SEA — Plus dan Max sahaja).

Kona Electric hadir dalam sembilan pilihan warna — Ignite Red, Dark Knight, Atlas White, Dive in Jeju, Cyber Grey Metallic, Pulse Red Pearl, Galastic Grey, Surfy Blue Metallic dan Jungle Green.

Kesemua warna akan datang dengan dua tona dengan bumbung hitam yang memanjang ke bawah di sepanjang pillar A, pillar B dan pillar C.

Bahagian dalaman pula, pelanggan boleh memilih warna Oceanids Black atau Light Shale Gray.

Kesemua varian Hyundai Kona Electric didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 50,000 km dengan jaminan bateria selama lapan tahun atau 160,000 km.

Sehubungan itu, pembeli juga boleh melanjutkan ini melalui pakej tambahan pilihan – dengan harga RM10,000, anda boleh menaik taraf waranti standard kepada waranti lima tahun/100,000 km, dengan penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama tiga tahun/50,000 km. Waranti bateri EV kekal tidak berubah.

Lebih menarik, pembeli juga boleh memilih pengecas AC 7 kw dengan kabel pengecas luaran (Type 2), berharga RM6,000 atau stesen pengecas AC 22 kw dengan kabel pengecas luaran (Type 2) pada harga RM7,000, tidak termasuk pemasangan.

Gallery

Tag:

Hyundai Sime Darby Motors
Hyundai Kona Electric
Hyundai Malaysia
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-06-2025
Berita Auto

28-08-2024
Kereta Baru

27-07-2023
Pandu Uji

12-04-2023
Kereta Baru

05-10-2022
Kereta Baru

14-09-2022
Pandu Uji

19-08-2022
Kereta Baru

06-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur