Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda Lancarkan City V-Sensing – Ditawarkan Pada Harga RM90,212.36

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Malaysia mengumumkan tambahan varian baharu, City V-Sensing dalam barisan kereta sedan segmen B.  Varian yang ditawarkan pada harga RM90,212.36 ini dapat menarik perhatian keluarga muda atau orang muda bekerja yang menginginkan prestasi yang cukup dan juga ciri keselamatan canggih untuk perjalanan harian.  Varian terbaharu ini turut dilengkapi dengan meter TFT interaktif bersaiz 7 inci sebagai kluster instrumen yang memudahkan pengguna untuk mengakses informasi semasa memandu.




Varian terbaharu ini dibina dengan enjin DOHC i–VTEC  1.5L dan digabungkan dengan transmisi CVT. Sistem ini memberikan kereta kuasa sehingga 121 PS yang tertinggi dalam kelasnya dengan tork tertinggi 145 Nm.


Pengarah Pengurusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madoka Chujo berkata, "Keselamatan merupakan sesuatu yang penting bagi Honda, dan City sejak dulu lagi telah menjadi peneraju dalam menawarkan ciri keselamatan untuk pemandu dan penumpang dengan penggunaan teknologi yang canggih. Kami gembira untuk memperkenalkan varian terbaharu ini dalam pasaran Malaysia, orang ramai mendapat lebih banyak pilihan bagi barisan model City yang kini hadir dengan 5 varian berbeza."


Sejak pelancarannya, City generasi ke-5 telah mencatatkan jumlah jualan lebih daripada 23,300 unit. Sehingga kini, Honda City telah menyumbang sebanyak 34 peratus daripada keseluruhan jualan Honda Malaysia mulai bulan Januari hingga Oktober 2021, menjadikannya model paling laris Honda Malaysia.



City V-SENSING ini padat dengan ciri keselamatan bantuan pemandu.  Pakej yang terdapat dalam sistem bantuan pemandu Honda SENSING ialah kawalan jelajah adaptif (ACC), sistem brek mitigasi pelanggaran (CMBS), amaran pra-pelanggaran (FCW), sistem bantuan kekal lorong (LKAS), mitigasi keluar laluan (RDM), amaran keluar laluan (LDW) dan lampu suluh tinggi auto (AHB).

 

Dari segi luaran, City V-SENSING tampak bertenaga dan menawan dengan lampu depan dan lampu DRL LED, lampu kabus LED, dan lampu belakang LED serta rim aloi bersaiz 16 inci yang tampak bergaya dan moden.

 

Bergerak ke bahagian dalam, varian ini tampil dengan tekstur premium yang berkualiti tinggi. Kesemua varian City didatangkan dengan penyejuk udara belakang. Selain itu, varian terbaharu ini turut hadir dengan paparan bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.  Ciri menarik lain varian ini ialah Remote Engine Start yang membolehkan enjin dihidupkan dari jarak jauh untuk kemudahan pemandu.

 

Untuk lebih banyak informasi berkenaan City V-SENSING dan sekiranya anda ingin memandu uji kereta ini, boleh kunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020. Anda juga boleh layari www.honda.com.my ataupun muat turun aplikasi HondaTouch.


Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Honda City
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Kereta Baru

03-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026