Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Caterham Seven 170 Ikut Jejak Model Sebelum Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mewakili pemanduan yang sungguh hebat, pengeluar kereta Britain, Caterham memperkenalkan kereta sport paling ringan mereka, Caterham Seven 170 baru-baru ini.

Mengikuti jejak langkah pendahulunya yang telah meningkatkan ciri prestasi, nampaknya kenderaan ini juga telah meningkatkan output enjinnya.

Caterham Seven ini menggunakan panel kerangka yang bercantum dengan casis rangka keluli tiub. Jadi, ia menggunakan nisbah kuasa kepada berat ialah 170 bhp per tan! 

Maka, jentera ini dinamakan '170'.

Ia yang dihasilkan dengan menggunakan  peralatan dan komponen khusus daripada Caterham membuatkan Seven 170 ini cuma seberat 440 kilogram.

Jentera ini bukan sahaja sangat ringan tetapi ia juga bersaiz kecil. Bermula dari depan hingga belakang, ia cuma selebar 1,470mm atau 105 mm lebih 'kurus' berbanding model Seven lain.

Enjin 660 cc turbo dari Suzuki ini kini telah diubah suai menyebabkan ia mampu menghasilkan 86 kuasa kuda dan torknya, 116 Nm.

Untuk makluman anda, ini bukan kali pertama Caterham menggunakan enjin kecil memandangkan model Seven 160 juga dilengkapi enjin 660 cc turbo juga dari Suzuki.

Dari segi pecutannya, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.9 saat. Jentera ini mampu memecut dengan lebih baik gara-gara peningkatan torknya.

Dipasangkan dengan dua suspensi gandar belakang, kuasanya  disalurkan ke tarmac melalui set roda kurus 14-inci  dengan tayar Avon ZT7 .

Varian ini didatangkan dengan trim S dan buat julung kalinya, ia hadir dengan spesifikasi trim R.


Kelengkapan standard yang ada pada kemasan S termasuk suspensi yang berorientasikan selesa, lampu belakang LED, kemasan krom terang, tempat duduk dibaluti kulit dan stereng Momo.

Trim R Pack yang hadir dengan kejuruteraan di trek dijual pada harga tambahan sebanyak RM5,737.

Cermin depan dilengkapi dengan gentian karbon selain kerusi lumba komposit dan tali keledar empat sudut.

Sudah pasti anda ingin mengetahui mengenai harganya?


Harganya bermula dari  £22,990 (RM132,301) dan pembeli boleh mendapatkannya dengan pek kit (pasang sendiri) atau yang sudah siap dari kilang.

.

Gallery

Tag:

Caterham
Seven 170
Caterham Seven 170
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026