Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Generasi Ketiga Avanza, Veloz Dilancarkan - Harga Bermula Dari RM60K!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Generasi ketiga Toyota Avanza, Veloz akhirnya dilancarkan di Indonesia baru-baru ini. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dikatakan menerima beberapa penambahbaikan baharu terutama di bahagian dalaman.

Kehadirannya sekali gus menggantikan tempat model generasi kedua Avanza yang telah berada  di pasaran sejak 10 tahun lalu.


Untuk makluman anda, Avanza menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut digunakan oleh Raize serta Daihatsu Rocky dan Perodua Ativa.

Ia juga menerima peralihan dari ladder frame kepada binaan monocoque selain dilengkapi dengan suspensi jenis MacPherson strut di depan dan torsion beam di belakang.

Avanza ini didatangkan dengan empat varian di Indonesia bermula dengan varian paling asas 1.3E yang dijual pada harga 206.2 juta rupiah (RM60,173). Ia dikuasai dengan enjin 1NR-VE.

Varian kedua pula ialah 1.5G. Ia  dijana dengan enjin 2NR-VE dan dipadankan dengan transmisi manual dimana ia dijual pada harga  228.5 juta rupiah (RM 66,673), manakala transmisi automatik pula berharga 241.4 juta rupiah (RM 70,437). 



Sementara itu, varian paling tinggi ialah 1.5G CVT TSS dimana ia dijual pada harga 264.4 juta rupiah(RM 77,148).

Jentera ini hadir dengan ciri keselamatan Toyota dan sistem bantuan pemandu.

Veloz pula hadir dengan enjin 2NR-VE dan ditawarkan dalam tiga varian iaitu bermula dengan varian MT. Ia dijual pada harga 251.2 juta rupiah (RM73,295), diikuti dengan Q CVT pada harga 272.1 juta rupiah (RM79,393) dan Q CVT TSS pada 291.5 juta rupiah (RM85,054).


Sebelum inigenerasi terakhir Avanza adalah pacuan roda belakang. Bagaimanapun, generasi ketiga merupakan Avanza pertama yang beroperasi dengan menggunakan pacuan roda hadapan.

Pun begitu, pilihan enjin masih sama: unit empat silinder DOHC 1NR-VE 1.3 liter aspirasi semula jadi dengan Dwi VVT-i yang mampu menghasilkan 97 hp pada 6,000 rpm dan tork 121 Nm pada 4,200 rpm dimana ia  hanya tersedia dalam lima-kelajuan transmisi manual.

Pilihan lain ialah enjin 1.5 liter 2NR-VE1 dimana ia mampu menghamburkan 105 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan tork 137 Nm@ 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT namun bergantung kepada varian yang dipilih.

Menyentuh mengenai dimensi kenderaan ini, Avanza tersebut adalab sepanjang 4,395mm (+205mm) dan 1,730 mm lebar (+70mm). Bagi ketinggiannya pula, ia bergantung kepada varian. Ada yang berukuran 1,665 mm (-30 mm) atau  1,700 mm (+5 mm), manakala jarak roda ialah  2,750 mm.

Tahukah anda, generasi ketiga ini agak berbeza dengan pendahulunya memandangkan ia kini dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED. 


Bergerak ke bahagian sisi, anda  dapat melihat garisan lipatan tajam yang menghubungkan bahagian lampu hadapan dan belakang dimana ia kemudian menelusuri pemegang pintu, manakala suar gerbang roda yang besar memberikan getaran seperti SUV. 

Sementara itu, Toyota Veloz didatangkan dengan gaya yang lebih sporty dan menawan bersama  beberapa sentuhan unik.

Misalnya, gril berbentuk heksagon dengan bentuk Y dimana ia didatangkan dengan reka bentuk lampu hadapan yang telah diubahsuai.


Antara beberapa ciri lain yang terdapat pada generasi terbaharu ini ialah lampu kabusnya dilhat lebih menegak dan skid platenya terletak di bawah bukaan udara di bahagian bawahnya. 

Menjengah bahagian dalamannya pula, papan pemuka jentera ini dilihat lebih kotemporari apabila sistem infotainmennya dipasang  di atas kawasan corong udara yang terletak di tengah-tengah.

Malah, kawalan digital untuk sistem penghawa dingin manual menyusup masuk ke bahagian  kabin selain dipadankan dengan reka bentuk stereng baharu.


Hakikatnya, ia sama seperti sebelum ini dimana tiga barisan kerusi jentera ini dapat memuatkan lebih tujuh penumpang dan dengan penambahan dimensi, ia dijangka dapat menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa.

Kesemua varian termasuk Veloz didatangkan dengan tempat kerusi yang dibaluti dengan kulit dan fabrik, kluster instrument tujuh-inci, brek parkir elektronik dengan penahan brek automatic, pengecas wayarles, sistem lampu ambien, perehat lengan, skrin hiburan di tempat duduk belakang, sensor parkir dan sistem keselamatan pasif Avanza.

Khas untuk Q CVT pula, ia dikatakan hadir dengan rim 17-inci, mod pemanduan dan peninjau sekeliling, sementara MT menggunakan rim 16-inci dan kamera undur. 

Bagaimanapun, spesifikasi Q CVT TSS yang paling tinggi pula menerima Toyota Safety Sense dan enam beg udara (varian lain hanya dua). 

Jadi, apakah pendapat anda mengenai Avanza yang hadir dengan wajah baharu ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!



Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Toyota Malaysia
toyota avanza
Toyota Veloz
Toyota Indonesia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026  Kini Di Malaysia – RM198,000

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto
Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026