- Berita
- Berita Auto
- Generasi Ketiga Avanza, Veloz Dilancarkan - Harga Bermula Dari RM60K!
Generasi Ketiga Avanza, Veloz Dilancarkan - Harga Bermula Dari RM60K!
Generasi ketiga Toyota Avanza, Veloz akhirnya dilancarkan di Indonesia baru-baru ini. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dikatakan menerima beberapa penambahbaikan baharu terutama di bahagian dalaman.
Kehadirannya sekali gus menggantikan tempat model generasi kedua Avanza yang telah berada di pasaran sejak 10 tahun lalu.
Untuk makluman anda, Avanza menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut digunakan oleh Raize serta Daihatsu Rocky dan Perodua Ativa.
Ia juga menerima peralihan dari ladder frame kepada binaan monocoque selain dilengkapi dengan suspensi jenis MacPherson strut di depan dan torsion beam di belakang.
Avanza ini didatangkan dengan empat varian di Indonesia bermula dengan varian paling asas 1.3E yang dijual pada harga 206.2 juta rupiah (RM60,173). Ia dikuasai dengan enjin 1NR-VE.
Varian kedua pula ialah 1.5G. Ia dijana dengan enjin 2NR-VE dan dipadankan dengan transmisi manual dimana ia dijual pada harga 228.5 juta rupiah (RM 66,673), manakala transmisi automatik pula berharga 241.4 juta rupiah (RM 70,437).
Sementara itu, varian paling tinggi ialah 1.5G CVT TSS dimana ia dijual pada harga 264.4 juta rupiah(RM 77,148).
Jentera ini hadir dengan ciri keselamatan Toyota dan sistem bantuan pemandu.
Veloz pula hadir dengan enjin 2NR-VE dan ditawarkan dalam tiga varian iaitu bermula dengan varian MT. Ia dijual pada harga 251.2 juta rupiah (RM73,295), diikuti dengan Q CVT pada harga 272.1 juta rupiah (RM79,393) dan Q CVT TSS pada 291.5 juta rupiah (RM85,054).
Sebelum inigenerasi terakhir Avanza adalah pacuan roda belakang. Bagaimanapun, generasi ketiga merupakan Avanza pertama yang beroperasi dengan menggunakan pacuan roda hadapan.
Pun begitu, pilihan enjin masih sama: unit empat silinder DOHC 1NR-VE 1.3 liter aspirasi semula jadi dengan Dwi VVT-i yang mampu menghasilkan 97 hp pada 6,000 rpm dan tork 121 Nm pada 4,200 rpm dimana ia hanya tersedia dalam lima-kelajuan transmisi manual.
Pilihan lain ialah enjin 1.5 liter 2NR-VE1 dimana ia mampu menghamburkan 105 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan tork 137 Nm@ 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT namun bergantung kepada varian yang dipilih.
Menyentuh mengenai dimensi kenderaan ini, Avanza tersebut adalab sepanjang 4,395mm (+205mm) dan 1,730 mm lebar (+70mm). Bagi ketinggiannya pula, ia bergantung kepada varian. Ada yang berukuran 1,665 mm (-30 mm) atau 1,700 mm (+5 mm), manakala jarak roda ialah 2,750 mm.
Tahukah anda, generasi ketiga ini agak berbeza dengan pendahulunya memandangkan ia kini dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED.
Bergerak ke bahagian sisi, anda dapat melihat garisan lipatan tajam yang menghubungkan bahagian lampu hadapan dan belakang dimana ia kemudian menelusuri pemegang pintu, manakala suar gerbang roda yang besar memberikan getaran seperti SUV.
Sementara itu, Toyota Veloz didatangkan dengan gaya yang lebih sporty dan menawan bersama beberapa sentuhan unik.
Misalnya, gril berbentuk heksagon dengan bentuk Y dimana ia didatangkan dengan reka bentuk lampu hadapan yang telah diubahsuai.
Antara beberapa ciri lain yang terdapat pada generasi terbaharu ini ialah lampu kabusnya dilhat lebih menegak dan skid platenya terletak di bawah bukaan udara di bahagian bawahnya.
Menjengah bahagian dalamannya pula, papan pemuka jentera ini dilihat lebih kotemporari apabila sistem infotainmennya dipasang di atas kawasan corong udara yang terletak di tengah-tengah.
Malah, kawalan digital untuk sistem penghawa dingin manual menyusup masuk ke bahagian kabin selain dipadankan dengan reka bentuk stereng baharu.
Hakikatnya, ia sama seperti sebelum ini dimana tiga barisan kerusi jentera ini dapat memuatkan lebih tujuh penumpang dan dengan penambahan dimensi, ia dijangka dapat menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa.
Kesemua varian termasuk Veloz didatangkan dengan tempat kerusi yang dibaluti dengan kulit dan fabrik, kluster instrument tujuh-inci, brek parkir elektronik dengan penahan brek automatic, pengecas wayarles, sistem lampu ambien, perehat lengan, skrin hiburan di tempat duduk belakang, sensor parkir dan sistem keselamatan pasif Avanza.
Khas untuk Q CVT pula, ia dikatakan hadir dengan rim 17-inci, mod pemanduan dan peninjau sekeliling, sementara MT menggunakan rim 16-inci dan kamera undur.
Bagaimanapun, spesifikasi Q CVT TSS yang paling tinggi pula menerima Toyota Safety Sense dan enam beg udara (varian lain hanya dua).
Jadi, apakah pendapat anda mengenai Avanza yang hadir dengan wajah baharu ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/