Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Audi Generasi Ke-3 Dengan Output 700HP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kedudukan Audi R8 sebagai sebuah model supercar dengan enjin V10 nampaknya semakin terancam dengan adanya perancangan syarikat untuk menggunakan enjin elektrik.


Majalah automotif Jerman, Auto Bild mendedahkan, R8 generasi ke-3 akan menggunakan trenkuasa turbo kembar 4.0L dengan bantuan elektrik.


Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, salah satu informasi yang dikongsi adalah berkenaan pelancaran R8 berpengecas turbo pada tahun 2023.

 

Pelancaran model ini nanti menandakan pengakhiran era enjin berprestasi tinggi R8.


Selain itu, turut didedahkan bahawa dengan penambahan sistem elektrik pada enjin V8 berpengecas turbo, output keseluruhan kereta dikatakan mampu mencecah 700 hp!

 

R8 dapat menghamburkan kuasa sehingga 602 hp dan hanya mengambil masa selama 3.2 saat untuk bergerak daripada 0 ke 100 km/j untuk model Quattro V10.


Dengan penggunaan trenkuasa hibrid, beratnya akan bertambah sedikit. Manakala dengan penambahan pengecas turbo pula, keseluruhan dinamik pemanduan R8 bakal berubah.

 

Pengerusi Audi, Markus Duesmann berkata, awal tahun ini, R8 generasi ke-3 mungkin akan dilancarkan sebagai model elektrik sepenuhnya.

 


Sekiranya benar, R8 versi elektrik yang bakal dikeluarkan nanti adalah satu langkah yang sangat dramatik jika dibandingkan pengeluaran dalam versi hibrid dan pengecas turbo memandangkan Audi telah pun membina R8 E-Tron.

 

Namun, lebih baik jika R8 dikeluarkan dengan enjin gas kerana sebagaimana kebanyakan model supercar lain seperti Lamborghini dan Ferrari, ciri yang paling menyerlah dan menarik perhatian ramai ialah enjinnya.


Gallery

Tag:

Audi
R8
Audi R8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026