Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengimport dan pengedar sah Audi. PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan SUV mewah Audi Q7, versi pemasangan tempatan, pada tahun ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Urusan PHSAM,  Denyu Bostandzhiev, dalam majlis makan tengah hari bersama media, sebentar tadi.

“Kami sudah bersedia untuk memperkenalkan Audi Q7 di Malaysia tidak lama lagi, dan ia akan menjadi produk Audi pertama yang dipasang secara tempatan di luar Eropah,” dan juga yang pertama dalam Asia Tenggara,” katanya.

image.pngimage.png

Beliau turut mengesahkan bahawa model Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV), dan PHSAM telah memilih untuk menawarkan satu varian tertinggi sahaja untuk pasaran tempatan.

"Kami akan mendedahkan lebih banyak butiran lanjut pada  bulan depan sebelum pelancaran model," ujarnya.

Bagaimanapun, Bostandzhiev tidak dapat mengesahkan tarikh pelancaran sebenar namun menjangkakan ia akan dilancarkan pada April nanti.

image.pngimage.png

Kehadiran  Audi Q7 CKD akan menjadi produk berplatform MLB Evo keempat yang ditempatkan di Malaysia selepas VW Touareg, Porsche Cayenne dan Cayenne S E-hibrid Coupe PHEV yang dibina di Kulim, Kedah. 


Untuk makluman, Audi Q7 generasi kedua pertama kali muncul pada tahun 2015 sebelum menjalani dua kali penambahbaikan pada tahun 2020 dan 2024. 

image.png

Audi Q7 yang pertama hanya menerima perubahan estetik dan mekanikal, manakala yang kedua menyaksikan sedikit perubahan reka bentuk kerana dipasang dengan lampu LED matriks baharu di hadapan dan belakang.

Berdasarkan perincian yang diberikan, jQ7 yang dibina di Pekan, Pahang itu  akan disumbat dengan enjin 3.0 liter 6-silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  340 hp  dan 450 Nm. 

Enjinnya yang digandingkan dengan pacuan semua roda (AWD) dan transmisi Tiptronic 8-kelajuan, sekali gus membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.6 saat.

Malah, Bostandzhiev turut mengesahkan bahawa model itu hadir dengan tiga barisan tempat duduk serta dilengkapi dengan sistem rear-wheel steering (RWS).

Beliau turut memberi bayangan bahawa  Audi Q7 CKD akan hadir dengan tanda harga yang cukup menarik.


Gallery

Tag:

Audi
Audi Q7
Audi Q7 CKD Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Global
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025
Berita Auto
Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini

Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini

Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.

28-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026