Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Syarikat Perancis, Alpine Car Lancarkan Kereta Konsep Kripto Pertama

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta lumba yang berpangkalan di Perancis, Alpine Car, mengeluarkan kereta konsep baharu yang dihasilkan khas sebagai matawang kripto atau token tidak mudah alih NFT.


Naib presiden jualan dan pemasaran Alpine, Cédric Journel berkata, "Selepas bekerjasama dengan Felipe Pantone (artis visual Argentina-Sepanyol), kami ingin pergi lebih jauh dengan menawarkan ruang (karya) ekspresi artistik kepada pereka-pereka di Alpine Cars dan Alpine F1 Team. Dalam masa yang sama, menunjukkan penghargaan kami terhadap hasil kerja pereka bebas yang mencintai jenama ini." 


Penghasilan kereta konsep GTA ini pada awalnya adalah projek peribadi pereka daripada Rusia, Arseny Kostromin yang sebelum ini pernah bekerja dengan Renault.


Alpine akan menawarkan lima versi berbeza Alpine GTA Concept yang masing-masing tampil dengan ciri rekaan unik.  


Kesemua rekaan diinspirasikan daripada Alpine F1 Team A521. Salah satu daripada rekaan ini hadir dengar garisan berwarna biru yang akan memaparkan diagram 'overhead' dan kordinat GPS Mont Blanc serta perincian tersembunyi lain yang hanya dapat dilihat dengan memakai cermin 3D anaglif.


Ada juga rekaan yag hadir dalam warna ikonik, biru Alpine, yang menyerlahkan ciri klasik dan juga karakter sporty Alpine.


Untuk pengetahuan anda, projek ini adalah hasil kerjasama dengan Nfast, pereka hypercar NFT dan juga Animoca Brands, organisasi yang menguruskan REVV Racing, permainan pelumbaan blockchain.


Pemilik model GTA Concept ini berpeluang merasai kemanisan prestasi kereta yang dibeli secara maya dalam perlumbaan tersebut.


Tambah Journel, "Alpine ialah pengeluar kereta Eropah pertama dalam sejarah yang mengeluarkan sebuah kereta konsep baharu secara eksklusif sebagai NFT. Hasilnya adalah sebaik bakat yang dimiliki dengan kualiti NFT  yang luar biasa."

Gallery

Tag:

Alpine
GTA Concept
NFT
Alpine GTA Concept NFT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Didedah: Alpine A290, Sebuah EV Berprestasi Tinggi, Direka Untuk Pelanggannya Yang Mahu Berlumba?

Alpine memperkenalkan kereta lumba elektrik pertamanya, Alpine A290 Rally yang direka khusus untuk perlumbaan buat pelanggan yang berminat untuk menyertai perlumbaan rali di Perancis.

04-07-2025
EV

Alpine A390 Didedah, Ada 3 Motor Elektrik, Jarak Gerak 555KM

Jenama kereta sport dari Perancis, Alpine mendedahkan crossover elektrik pertamanya, Alpine A390, baru-baru ini.

28-05-2025
Berita Auto

Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110

Alpine A110 ditayangkan dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.

24-08-2021
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026