Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Motor Bina Teksi Terbang – Bakal Dikomersialkan Pada Tahun 2028!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Motor Group telah melancarkan Supernal, cabang perniagaan baharu yang ingin menjadikan servis teksi terbang bebas emisi pada harga berpatutan satu realiti.



Ibu pejabat Supernal kini terletak di Washington, D.C., dengan beberapa buah lokasi pejabat di sekitar California. Syarikat ini diketuai oleh Jaiwon Shin, jurutera aeronautik yang pernah bekerja dengan NASA dalam kajian dan pembangunan penerbangan selama 30 tahun.


Supernal kini sedang membangunkan beberapa barisan pesawat elektrik yang bakal digunakan secara komersial pada tahun 2028 nanti.


Pesawat yang akan disiapkan ini dapat memuatkan empat ke lima orang pada satu-satu masa. Selain itu, turut dalam perancangan adalah usaha untuk menghasilkan teknologi penerbangan autonomi. Namun ini hanya akan dimulakan sebaik kebenaran pesawat autonomi diberikan.



Menurut Supernal, pesawat elektrik ini dapat memendekkan banyak masa perjalanan.  Sebagai contoh, perjalanan daripada Los Angeles ke Anaheim, Amerika Syarikat selalunya mengambil masa kira-kira 70 minit di atas jalan, namun dengan menggunakan pesawat, masa yang diambil hanyalah 24 minit sahaja. 

 

Pesawat ini dikuasakan oleh bateri, walau bagaimanapun, untuk perjalanan yang lebih jauh, Supernal bercadang untuk menggunakan sel bahan api hidrogen.  HMG kini sedang bekerjasama dengan Urban AirPort, sebuah syarikat yang berpangkalan di UK untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk teksi terbang.



Supernal juga akan menaiktaraf kepakaran pengeluaran HMG supaya pesawat dapat dihasilkan pada skala yang membolehkan perkhidmatannya ditawarkan pada harga yang berpatutan. Syarikat yang inovatif ini ingin menjadikan harga tiket pesawat lebih murah berbanding penerbangan dengan helikopter.


Agak-agaknya, bilalah ya teknologi ini akan sampai ke negara Malaysia? Atau persoalan sebenarnya, adakah ia akan dikomersialkan di Malaysia juga? 

Gallery

Tag:

hyundaimotor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026