Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Wujud Beberapa Masalah Menyebabkan Penghantaran Pada Bulan Lalu Rendah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad memohon maaf kepada para pelanggannya gara-gara pihaknya hanya mampu menyerahkan 20,299 unit kenderaan pada November lalu.

Bagi memulihkan keadaan itu, Perodua kini menyasarkan untuk mencapai jumlah pendaftaran bulanan paling tinggi dalam sejarahnya dengan sekurang-kurangnya 30,000 unit pada Disember. 

“Kami ingin memohon maaf di atas kelewatan penghantaran. Kami juga berterima kasih kepada pelanggan di atas sokongan dan kesabaran mereka, terutama sepanjang tahun yang mencabar ini,” kata Zainal.


Untuk rekod, Perodua cuma melakukan penghantaran sebanyak 20.299 unit untuk bulan lalu memandangkan pihaknya berhadapan dengan beberapa masalah yang sekali gus telah menjejaskan pengeluarannya.

Berdasarkan perbandingan bulanan, jualan Perodua menurun sebanyak 27.1 peratus daripada 27,858 unit yang telah didaftarkan pada Oktober 2021.

Setakat 2 Disember lalu, Perodua telah menerima sekurang-kurang 14,600 tempahan untuk model Myvi baharunya. Tahniah!

Bagaimanapun secara keseluruhan, Perodua telah mencatatkan angka jualan sehingga 42,288 unit Myvi antara Januari dan November tahun ini.

Bagi angka keseluruhan jualan pula, Perodua mencatatkan jualan sebanyak167,250 unit antara Januari dan November 2021. 


Angka ini menunjukkan pengurangan sebanyak 14.2 peratus berbanding 194,980 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Oleh itu, Perodua berhasrat untuk meningkat sasaran jualannya sekurang- 240,000 unit pada tahun hadapan. Apapun, angka sebenar jualan hanya akan diumumkan pada Januari depan.

“Kami percaya keadaan menjadi teruk gara-gara penutupan operasi akibat pandemic Covid—19. Biarpun, terdapat risiko lain dalam pasaran, kami meramalkan tahun 2022 sebagai tahun pemulihan,” ujarnya.

Susulan itu, Zainal meramalkan sekurang-kurangnya 240,000 pendaftaran akan dibuat pada tahun hadapan memandangkan pasaran automotif dilihat akan stabil.

Ini akan menjadikan tempoh menunggu akan berkurangan.

Malah, beliau turut meramalkan bahawa permintaan untuk kenderaan akan meningkat dalam enam bulan pertama 2022 memandangkan orang ramai tidak akan melepaskan peluang menikmati insentif pengecualian cukai jualan.

Sasaran itu seiring dengan matlamat Perodua untuk mengembangkan sistem automotif menerusi pembelian komponen berjumlah RM6.5 bilion pada tahun hadapan.


Gallery

Tag:

Perodua Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.

25-12-2025
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026