Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Betul Ke Perodua Bakal Perkenalkan Model Sedan Terbaharunya?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak dua hari lalu, tular beberapa keping gambar di media sosial, yang menunjukkan rekaan kereta konsep, Perodua Sedan. Walaupun ia sekadar kereta konsep, jentera itu dikatakan mampu menarik perhatian orang ramai!

Susulan itu, beberapa laporan berita online tempatan melaporkan bahawa Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal menggunakan rekaan itu untuk menghasilkan kereta sedan keduanya selepas  model  Bezza mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Laporan itu kelihatan agak sahih apabila beberapa gambaran kereta konsep itu turut  dikongsikan oleh pereka kereta konsep, Theophilys Chin menerusi laman perkongsian video, Youtube yang bertajuk “Perodua Sedan Renderings From 2022”.


Klip video itu menunjukkan barisan kereta berwarna merah, hitam, biru, silver dan warna emerald green (warna zamrud) yang dikatakan bakal menjadi pilihan orang ramai.


Theophilys dilihat turut meninggalkan kapsyen: “Dua tahun lalu pada 2 Jan 2020, saya telah menghasilkan  kereta sedan Segmen-B Perodua  berdasarkan platform Daihatsu DN-F.


“Baru-baru ini ada berita mengatakan bahawa konsep Daihatsu DN-F sebenarnya pratonton generasi akan datang untuk Toyota Vios (sedan Yaris). Hanya waktu akan menentukan sama ada Vios yang dibangunkan menerusi Daihatsu itu akan kelihatan sama seperti DN-F atau tidak.

“Sementara itu, saya telah menambahkan empat pilihan warna baharu. Maklumkan kepada saya warna yang mana anda suka?,” tulisnya.

Untuk makluman anda, rekaan ini menggunakan konsep rekaan Daihatsu DN-F yang pernah dipamerkan pada Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GAIIS) 2017.

Bagaimanapun, klip video yang mendapat 35, 986 tontonan itu menyebabkan laporan berita tempatan mengatakan bahawa Perodua bakal melancarkan kereta sedan keduanya tidak lama lagi.


Sebaliknya, ketika diminta mengulas mengenai berita itu, wakil Perodua berkata, pihaknya  enggan mengulas sebarang berita spekulasi.

Apapun, jika benar Perodua bakal melancarkan kereta sedan keduanya nanti, model ini kelihatan lebih luas dan sedikit rendah berbanding dengan Bezza.

Apa yang pasti, rekaan kereta sedan ini pasti akan menarik perhatian orang Malaysia! 

Apakah pendapat anda mengenai kereta sedan ini, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Tag:

Perodua Malaysia
Perodua Bezza
perodua sedan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.

25-12-2025
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026