Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tahukah anda, bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

Bangunan itu yang direka dengan begitu teliti menempatkan sejumlah besar kereta hyper sports.

Dua rekaan terbaharu, Chiron Pur Sport dan Chiron Super Sport merupakan ‘tetamu kehormat” pada majlis pelancaran bilik pameran berkenaan yang diadakan pada 16 November lalu.

“Berdasarkan maklumat, Arab Saudi merupakan salah satu pasaran yang terkuat buat kami. 

“Jadi, untuk mewujudkan kehadiran yang lebih hebat di Riyadh selain menerusi  bantuan rakan kongsi kami di Automotif Samaco, ia adalah satu pencapaian luar biasa yang kami nantikan,” kata Pengarah Urusan Jualan dan Pemasaran Bugatti, Hendrik Malinowski.

Bilik pameran di Riyadh ini menyediakan pengalaman istimewa yang sama seperti ibu pejabat Bugatti di Molsheim, Perancis.

Ia menampilkan gaya kontemporari dimana ia didominasi oleh reka bentuk yang agak canggih dan hasil seni yang halus. 

Malah,  Bugatti turut menganjurkan acara pandu uji keretanya buat julung kalinya  di Arab Saudi, ketika pelanggan sibuk menerokai  mengenai Chiron Pur Sport di Riyadh.

Dalam pada itu, Bugatti itu memilih Arab Saudi sebagai lokasi untuk membuat debut Chiron Sport 'Les Legendes du Ciel'.

Ia merupakan edisi eksklusif dalam memberi penghormatan kepada para pelumba legenda seabad lalu.

Para pelumba ini turut pernah mengerah keringat sebagai juruterbang pesawat pejuang dalam Tentera Udara Perancis.

Selain perasmian bilik pameran terbesar itu, Bugatti di Riyadh juga terlibat dalam perhimpunan automotif sempena Pameran Kereta Riyadh.

Dengan adanya, penonton dari seluruh dunia,  nampaknya, Chiron Sport, Pur Sport, Super Sport dan Bolide dipamerkan bersama beberapa jenama kereta terkemuka dunia.

“Ciptaan Bugatti tiada tandingannya. Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan jenama itu ke Riyadh dimana ia  sudah pun menjadi rumah kepada ramai peminat dan pelanggan Bugatti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Automotif Samaco, Sheikh Mohammed Raffa. 

Gallery

Tag:

Bugatti
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021
Berita Auto

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026