Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Van Elektrik Pertama Malaysia – Boleh Bergerak Sejauh 268KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sendok Group telah mengumumkan pelancaran van elektrik pertama keluaran Malaysia, CAM EC35. Model ini buat pertama kalinya dipertontonkan kepada umum dalam sebuah majlis yang diadakan di Genting Highlands.



Van ini telah dibangunkan untuk kegunaan syarikat penghantaran dan logistik yang ingin beralih kepada pengangkutan yang lebih mesra alam.


EC35 dikuasakan oleh sebuah motor elektrik yang dapat menjana kuasa sebanyak 60 kW atau 80 hp dengan tork 200 Nm. Dengan kuasa ini, kereta boleh melakukan pecutan daripada 0 ke 50 km/j dalam masa kurang daripada 10 saat.


Kuasa elektrik kereta ini dibekalkan oleh pek bateri lithium-ion berkapasiti 38.7 kWj yang membolehkan kereta mencapai jarak perjalanan sejauh 268 KM, berdasarkan standard WLTP. Van ini dilengkapi pengecas standard 6.6 kW dan juga port pengecas pantas. Tempoh masa yang diambil untuk pengecasan standard daripada 20-80% adalah 5 jam, manakala 0-100% pula adalah 8 jam.


Sementara itu, dengan menggunakan sistem pengecasan pantas pula, bateri kereta dapat dicas daripada 20-80% dalam masa hanya 80 minit dan 0-100% dalam masa hanya 2 jam setengah.



Mengenai kelengkapannya, van ini hadir dengan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz lapan inci. Untuk aspek keselamatan, ia dilengkapi kamera dan radar undur, beg udara pada bahagian pemandu serta sistem ABS dan EBD.


Penasihat Sendok Group, Dato Ir. Hj. Mohamad Dalib berkata, "Dengan perkembangan industri automotif yang begitu pantas, menyebabkan pencemaran udara berlaku. Kini sudah tiba masa untuk kita menukar penggunaan bahan bakar dari pelepasan gas yang tidak menentu kepada bebas pelepasan asap dan bunyi dengan mengunakan kenderaan elekrik."


Van elektrik ini dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin serius sejak akhir-akhir ini.


Sendok Group yang berpangkalan di Klang memiliki kilang pemasangan tempatan (CKD) yang berkemampuan untuk memasang pelbagai jenis kenderaan termasuklah EV. Bahagian teknikal, pembangunan dan penyelidikan Sendok Group kini diketuai oleh dua jurutera yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan automotif.


Sendok Group juga mempunyai pusat perkhidmatan setempat untuk semua jenis perkhidmatan merangkumi jualan, penyelenggaraan, pembelian alat ganti, keselamatan dan lain-lain.


Harga jualan bagi van elektrik CAM EC35 ini ialah RM130,000. Untuk maklumat lebih lanjut atau pra-tempahan, boleh hubungi Encik Chinli di 019-2290893.


Gallery

Tag:

CAM EC35
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
DHL Guna EV Untuk Hantar Barang

DHL Guna EV Untuk Hantar Barang

DHL Express kini menambah lagi 44 van elektrik dan 17 motosikal elektrik.

17-11-2023
EV
Van Elektrik: 80 hp, tork 200 Nm, Jarak 268 km

Van Elektrik: 80 hp, tork 200 Nm, Jarak 268 km

Van elektrik ini adalah yang pertama di Malaysia.

30-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026