Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Berjaya Tangkap Suspek, Tidak Sampai 24 Jam

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dengan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Kota Damansara semalam.

Suspek berjaya diberkas selepas pihak polis menerima video dan gambar suspek yang bertindak begitu berani dengan menikam leher seorang pemandu e-hailling di khalayak ramai di  Jalan Sentul Pasar.


Terdahulu tular beberapa video dan gambar yang dirakam oleh orang ramai yang menunjukkan suspek bergelut dengan mangsa yang berlumuran dengan darah sehingga menyebabkan seluarnya terlondeh.

Sebaliknya, tiada sesiapa cuba membantu meleraikan pergaduhan itu. Manakan tidak, orang ramai bimbang mereka turut dicederakan  memandangkan suspek bersenjata manakala mangsa pula dilihat berlumuran dengan darah.


Beberapa pengguna jalan raya cuma menekan hon untuk cuba menghentikan pergaduhan itu dan mangsa menjerit meminta orang awam untuk menghubungi pihak polis.

“Hasil risikan dan siasatan berdasarkan maklumat yang diterima itu, pihak polis berjaya memberkas suspek,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.


Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun mengggunakan aplikasi In Driver untuk mengambil penumpang itu dari Putrajaya.

Sebaik tiba di Sentul Pasar, mangsa meminta tambang daripada lelaki berkenaan namun penumpang berkenaan meminta nombor akaun milik mangsa kerana mahu membuat bayaran secara atas talian. 


Mangsa yang sibuk  mencari nombor akaun miliknya panik apabila  penumpang berkenaan bertindak menikam leher mangsa dengan menggunakan pisau.

Suspek turut bertindak agresif apabila dia menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta Proton Saga milik mangsa serta beberapa barangan peribadi milik mangsa yang dalam kereta itu.

Mujur, mangsa terselamat walaupun cedera parah. 

Hasil semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat sekiranya didapati bersalah.

.

Tag:

#PDRM
Perodua Saga
saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.

11-04-2024
Berita Auto

Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.

15-11-2022
Berita Auto

Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"

Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.

14-11-2022
Berita Auto

Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT

Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.

09-11-2022
Berita Auto

Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.

09-11-2022
Berita Auto

PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.

05-11-2022
Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.

02-11-2022
Berita Auto

Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus

Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026