Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta Jerman, Opel, baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model kereta keluaran terbaharu, Rocks-e SUM (Sustainable Urban Mobility atau Mobiliti Urban Lestari).


Setelah bertahun menyepi, rupa-rupanya Opel sibuk membangunkan model terbaharu untuk menambahkan lagi portfolio kenderaan elektrik (EV) syarikat. Sebelum ini, mereka pernah melancarkan model-model elektrik iaitu Corsa, Mokka, Vivaro dan Combo. Kali ini, Opel tampil dengan quadricycle (basikal roda empat) elektrik. Tiga varian ditawarkan iaitu Rocks-e, Rocks-e Klub dan Rocks-e TeKo dengan harga daripada €7,990 - €8,790 (RM37,317.49 - RM41,046.59).



Mengulas mengenai model ini, Andreas Marx yang mengetuai Opel Jerman berkata, “Rekaannya berani dan tulen, dimensinya kompak, kuasanya sepenuhnya elektrik dan harganya tidak boleh ditandingi.”




“Dengan pembukaan tempahan, peralihan kepada mobiliti elektrik menjadi lebih mudah dan mampu milik untuk semua. Rocks-e merupakan kenderaan yang bebas emisi, tanpa ciri ekstra yang berlebihan. Sebuah e-quadricycle untuk kegunaan bandar, yang dari rupanya sahaja sudah cukup menarik.”


Menariknya, Opel Rocks-e ialah sebuah EV yang sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan EV. Di negara Jerman, Rocks-e ini boleh dipandu oleh remaja yang berusia seawal 15 tahun!




 

Model ini boleh mencapai jarak sehingga 75 km, berdasarkan kitaran WLTP, dengan kelajuan maksimum 45 km/j. Berkepanjangan 2.41 meter dan lebar 1.39 meter, serta memiliki radius putaran 7.2 meter, menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam kawasan bandar yang sibuk.  



EV yang diklasifikasikan sebagai ‘kenderaan bermotor ringan’ ini memiliki bateri berkapasiti 5.5 kWj yang boleh dicas dalam masa kira-kira 3.5 jam melalui kemudahan pengecas AC di rumah. 


Keunikannya kereta ini berbanding EV yang lain terserlah daripada cara pintu ini dibuka. Untuk pengetahuan anda, pintu di bahagian pemandu  terbuka ke arah yang bertentangan. Sebagai gambaran, pintu penumpang akan terbuka ke hadapan seperti biasa, tetapi pintu pemandu pula akan terbuka ke arah belakang. 




Kesemua varian Rocks-e tampil dengan kelengkapan seperti lampu depan dan juga indikator LED. Pada bahagian dalam, terdapat kemudahan seperti tempat pemegang telefon pintar pada konsol tengah dan juga sambungan DAT. Dari bahagian dalam kereta, pemandu dapat menikmati ruang pandangan yang luas melalui bumbung kaca panoramik. 





Dua varian teratas iaitu Rocks-e Klub dan Rocks-e Tekno yang berharga €8,790 (RM41,046.59) pula hadir dengan rekaan dan ciri yang lebih menarik. Dari segi luaran , Rocks-e Klub tampil dalam warna kelabu dan Rocks e-Tekno pula diberikan sentuhan warna kuning. Tema yang sama turut digunakan pada bahagian dalaman kereta. 

 




Dari segi teknologi, Rocks-e Klub dan Rocks-e Tekno memiliki infotainmen. Sambungan Bluetooth pula boleh dimiliki sebagai ciri pilihan. 






Gallery

Tag:

Opel
Rocks-e
Opel Rocks-e
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.

09-04-2022
Global

Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.

06-04-2022
Kereta Baru

Bermulanya Era Baharu Opel Astra

Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.

29-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Perhatian! Tiket ETS Untuk Raya 2026 Sudah Mula Dijual

Tiket Hari Raya Aidilfitri 2026 sudah mula dijual.

17-11-2025
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

17-11-2025
Berita Auto

RTS Di Depoh Wadi Hana Jalani Ujian

Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru akan menjalani beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman.

17-11-2025
Berita Auto

Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini

Kerja-kerja membaik pulih di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh dijangka siap hujung bulan ini.

17-11-2025
Berita Auto

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu.

17-11-2025