Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Perbaharui Kereta Klasik Grandeur 1986 Dengan Teknologi Moden

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untuk meraikan ulang tahun yang ke-35 sedan andalan Hyundai Grandeur 1986, Hyundai Motor Company telah memperkenalkan Heritage Series Grandeur.


Hyundai telah membangunkan restomod (kereta klasik yang dimodifikasi dengan penambahan teknologi baharu) retro-futuristik untuk menonjolkan lagi ciri simbolik yang terdapat pada sedan lama ini. Usaha restomod ini turut dilakukan untuk mendapatkan inspirasi baharu bagi reka bentuk masa depan.


Hak-soo Ha, Ketua Kumpulan Dalaman Pusat Reka Bentuk Hyundai berkata, "Sambil pereka-pereka kami membayangkan masa depan, penting untuk melihat kembali apa yang pernah dihasilkan pada masa lalu bagi mendapatkan inspirasi. Melalui penghasilan Heritage Series Grandeur, pereka kami dapat menginterpretasikan bahagian yang penting dalam sejarah Hyundai sebagai sebuah gabungan unik antara vintaj dan kontemporari yang mencerminkan kemungkinan tanpa batasan untuk era EV syarikat."


Sebagai permulaan kepada usaha ini, pasukan rekaan Hyundai telah menginterpretasikan Grandeur generasi pertama untuk menjadi sebuah kereta elektrik sepenuhnya.


Dari luar, Heritage Series Grandeur tampil dengan gaya klasik, namun secara kesuluruhannya teknologi yang digunakan adalah daripada era moden. 


Rekaan ini hadir dengan cermin sisi baharu dan lampu LED Parametric Pixel yang menunjukkan ciri kereta yang menggunakan trenkuasa elektrik Hyundai.

 


Bergerak ke bahagian dalam, Heritage Series Grandeur menggunakan konsep ultra-moden yang dinamakan 'Newto.' Konsep ini merupakan gabungan gaya terkini dan retro.


Tempat duduk depan dibaluti baldu Burgundy yang diilhamkan daripada Grandeur asal. Ia dijahit dan digabungkan dengan kulit Napa berwarna auburn (coklat kemerahan) pada bahagian belakang. 


Butang dial dan butang kawalan lain pada papan pemuka yang ada pada versi klasik digantikan dengan sebuah paparan skrin nipis dengan fungsi sentuh yang bersaiz lebar. Namun begitu, ciri lama dengan 80-an masih dikekalkan pada bahagian stereng kereta dan juga gear. 


Untuk sistem audionya pula, Heritage Series Grandeur dilengkapi dengan 18 buah speaker 4 arah, 4 ohm yang dibangunkan oleh pakar audio daripada Korea Selatan, Guk-il Yu. 


Sistem audio ini mengeluarkan bunyi yang hebat penuh dengan kejelasan berserta bass yang dalam.


Sistem audio moden kereta ini dilengkapkan dengan pencahayaan berwarna gangsa untuk mengekalkan aura pada audio klasik. 


Warna gangsa ini turut menjadi elemen pencahayaan sepanjang papan pemuka dan tiang B, ini memberikan atmosfera klasik kepada keseluruhan ruang kabin kereta.


Pada barisan kedua kereta pula terdapat cermin infiniti yang membuatkan kereta terasa lebih luas dan memberikan aura seolah-olah berada di dalam sebuah salon daripada tahun 80-an.


Gallery

Tag:

Grandeur
Heritage Series Grandeur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026