Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen Malaysia Dan Filamen Lancar Aset Digital Arteon

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Volkswagen Passenger Cars Malaysia dan kolektif seni media baharu, Filamen, telah mencipta sejarah melalui pelancaran Accelerated Futurescapes, koleksi eksklusif Arteon NFT.


Empat karya kripto yang dihasilkan berdasarkan model andalan Volkswagen kini dijual di Pentas yang merupakan platform NFT untuk Asia Tenggara yang dikuasakan oleh Binance Smart Chain. NFT ini turut dipamerkan dalam galeri maya Filamen dan dihasilkan bersama platform penyelidikan reka bentuk, No-to-scale.


NFT atau 'non-fungible tokens' ialah sejenis aset digital berasaskan teknologi blok rantai (blockchain) yang membolehkan pemilikan secara digital.


Setiap karya seni yang dihasilkan telah diperakui keunikannya. Elemen unik yang dimiliki setiap satu karya inilah yang dijangka akan menarik minat pengumpul seni dan peminat Arteon.


Menurut pengarah pengurusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Erik Winter, Volkswagen sentiasa mencuba yang terbaik untuk menerajui inisiatif pendigitalan di Malaysia.


Sementara itu, pengasas bersama Filamen, Abdul Shakir Abu Samah berkata, Filamen ingin meluahkan emosi manusia yang diinspirasikan daripada Arteon.



Dua pengkarya Filamen, Syed Mohamad and Jason Choo merupakan individu yang terlibat dalam penghasilan NFT ini.  Hasilnya adalah empat visi "kerohanian" masa depan yang diilhamkan daripada rekaan dan prestasi Arteon - daripada bunyi hinggalah kepada bentuk rekaan serta beberapa perincian kecil lain.


Karya yang dihasilkan oleh Syed adalah lebih abstrak dan Jason pula lebih kepada imej fiksyen. 



Projek NFT ini merupakan kerjasama seni kedua yang menampilkan Arteon.  Pada tahun 2019, VPCM telah bekerjasama dengan galeri seni Wei-Ling Contemporary untuk projek “Makings of a Masterpiece” yang menampilkan 13 seni kereta Arteon yang dihasilkan oleh 13 pengkarya tempatan. Hasil seni ini berjaya dilelong untuk tujuan amal.


Kesemua empat NFT Arteon sudah boleh dipaparkan melalui http://www.wearefilamen.com/thearteoncollection dan pembelian pula boleh dibuat di https://app.pentas.io/volkswagen.

Tag:

Volkswagen Arteon
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612

VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama di MAS 2025.

07-05-2025
Global

Tiada Lagi Sedan Volkswagen Arteon Di Eropah

Rancangan untuk mengeluarkan EV telah mendorong VW untuk menghentikan pengeluaran beberapa model ICE. Ini mangsa baharu...

07-02-2024
Berita Auto

3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba

VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.

06-02-2024
Berita Auto

Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.

04-01-2023
Berita Auto

Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!

Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!

07-01-2022
Pandu Uji

Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini

Versi baharu Volkswagen Arteon tampil dengan beberapa penambahbaikan.

28-10-2021
Video

Review & Pandu Uji Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 | Lebih Mahal, Lebih Power? | Caricarz.com

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION telah dilancarkan di Malaysia sejak July 2021. Harga bermula dari RM248k, harga baru Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 adalah RM27k lebih mahal daripada versi sebelum ini.

21-10-2021
Berita Auto

Pecutan 0-100 KM/J Dalam 4.9 Saat! Model Berprestasi Tinggi Volkswagen 'Arteon R' Bakal Masuk Malaysia?

Ura-uranya Volkswagen bakal membawa masuk Arteon R dan Arteon R Shooting Brake ke dalam pasaran Malaysia.

02-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto