- Berita
- Pandu Uji
- Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini
Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini
Dipasangkan di Pekan, Pahang, Arteon merupakan model keluaran Volkswagen yang pertama kalinya dilancarkan pada bulan Ogos 2020 dengan nama Volkswagen Arteon 2.0 TSI R-Line. Untuk tahun 2021, Volkswagen telah mula menawarkan versi baharu Arteon yang dinamakan Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION dengan beberapa penambahbaikan.
Volkswagen Arteon yang terkini ditawarkan pada harga bermula daripada RM248,692.67 dengan bayaran bulanan kira-kira RM2,632 untuk pinjaman selama sembilan tahun. Sementara itu, TSI R-Line yang telah dilancarkan pada tahun lepas pula berharga sekitar RM221,065 dengan bayaran bulanan kira-kira RM 2339.60 untuk pinjaman selama sembilan tahun.
Untuk VW Arteon R-Line 4 Motion 2021, seperti namanya, ia tampil dengan sistem pacuan kesemua empat roda, berbeza dengan TSI R-Line 2020 yang menggunakan sistem pacuan roda depan. Model terkini ini menggunakan enjin petrol berpengecas turbo 4 silinder suntikan bahan api terus 2.0 TSI 280PS. Kuasa disalurkan menggunakan Direct Shift Gearbox (DSG) 7 kelajuan. Model yang telah ditambahbaik ini memiliki kuasa sebanyak 276 hp pada 5,100-6,500 rpm dan tork 350 Nm pada 1,700-5,600 rpm. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai model 2021 ialah 250 km/j dan boleh memecut daripada 0-100km/j dalam masa hanya 5.6 saat.
Versi terdahulu, Arteon R-Line 2020 menggunakan enjin petrol berpengecas turbo 4 silinder suntikan bahan api terus 2.0 TSI 190PS. Versi ini turut menggunakan transmisi yang sama dan memiliki kuasa sebanyak 188 hp pada 4,180 rpm dan tork 320 Nm pada 1,500 rpm. Kereta ini memiliki kelajuan maksimum 239 km/j dan boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat.
Dari segi reka bentuk, Volkswagen Arteon dipasangkan dengan gril dalam rekaan baharu yang turut digabungkan dengan bar lampu LED yang bersambungan dengan lampu DRL. Bamparnya pula kelihatan lebih agresif dan dipasangkan dengan logo Volkswagen terbaharu. Di bahagian belakang, Arteon 2021 tampil dengan grafik lampu belakang baharu berbentuk garisan putus-putus dan L.
Bergerak ke bahagian dalam, versi terkini tampil dengan papan pemuka, stereng dan corong udara dalam rekaan baharu. Selain itu, pencahayaan ambien versi terbaharu ini hadir dengan pilihan cahaya yang lebih banyak iaitu 30 warna. Iklim kereta pula kini boleh dikawal dengan suis yang sensitif sentuhan.
Untuk tempat duduk, model terbaharu dihadirkan dengan kerusi ErgoComfort yang lebih sporty. Dari segi audio, VW Arteon R-Line 4 Motion 2021 dilengkapi 12 buah speaker 700W daripada Harman Kardon. Ini berbeza dengan model 2020 yang menggunakan sistem audio Dynaudio 11 speaker 700W.
Dari segi keselamatan, Arteon R-Line 4 Motion 2021 kini tampil dengan ciri baharu iaitu bantuan kekal lorong, pemantau titik buta dan juga amaran lintasan trafik belakang. Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada versi 2020 dikekalkan, antaranya ialah tujuh beg udara, ABS dengan EBD, bantuan brek, kawalan kestabilan, sistem pemantau tekanan tayar dan ISOFIX.
Gallery







Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv