Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bentley Bentaygas Ada Sistem Pengesan Haiwan & Pandangan Malam Tercanggih, Ini Cara Ia Berfungsi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dimuatkan dalam hampir dua pertiga kereta pelanggan ialah sebuah teknologi keselamatan terbaharu daripada Bentley untuk Bentayga. Sistem yang dimaksudkan ini dinamakan Sistem Amaran Rusa (Pemandu) Termaju (ADAS).


Fungsi utama ADAS ini adalah untuk membantu pandangan semasa waktu malam (Night Vision), satu ciri yang penting untuk mengesan kehadiran pelbagai jenis haiwan yang berlegar di atas jalan raya pada waktu malam, ketika suasana sekitar gelap.


Bantuan penglihatan malam ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pengimej Festive Isolating Reindeer atau Forward Infra-Red (FIR), sebuah unit kawalan elektronik dan panel instrumen pemandu. 


Pengimej FIR ini merupakan pengimej haba yang akan menangkap tenaga infrared dalam jarak 140 meter di hadapan melalui optik fokus tetap dengan medan pandangan mendatar daripada 24 sehingga lebih daripada 80 darjah melebihi kenderaan.


Sistem ini dipasangkan dalam gril depan Bentayga. Walaupun terletak di bahagian luar kereta, alat pengimej ini telah dilengkapkan dengan pencucinya sendiri untuk membersihkan sistem daripada sebarang kotoran, debu atau ais.


Selain itu, turut disediakan ialah kemudahan antara muka (interface) antara pengimej FIR dan juga kenderaan. 

 


Antara muka ini dapat memudahkan pengguna mengawal operasi pengimej FIR dan memproses imej digital. Ia juga hadir dengan fungsi pengesan haiwan dan sistem amaran pejalan kaki. 

 

Dengan adanya sistem ini, haiwan sekecil saiz 1 meter boleh dikesan daripada jarak sejauh 7 meter, manakala haiwan yang lebih besar pula (2 meter dan ke atas) boleh dikesan daripada jarak sejauh 140 meter lagi. 


Informasi tentang kehadiran haiwan ini dipaparkan  pada panel informasi pemandu dalam warna hitam dan putih.

 

Bukan itu sahaja, objek juga diberikan warna yang menyerlah (highlighting) pada paparan bergantung kepada jarak dengan kereta untuk memudahkan pemandu mengagak kedudukannya.


Inovasi terbaharu daripada Bentley ini cukup penting demi keselamatan pengguna terutamanya dalam keadaaan di mana pandangan di sekitar kereta adalah terhad dan aktiviti haiwan yang tinggi di kawasan pedalaman. 

 

Apa yang menariknya tentang sistem ini ialah sekiranya kenderaan mengesan kehadiran haiwan pada jarak yang sudah terlalu dekat, brek mula bersedia untuk  berhenti. 



Gallery

Tag:

Bentley
Bentayga
Bentley Bentayga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.

09-02-2026
Berita Auto
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Global
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Global
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.

22-07-2024
Kereta Baru
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru
Kedatangan Model Baharu Bentley Bakal Diumumkan Hari Ini

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026