Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SDAC Anjur Program Percutian ‘Ford Ranger Getaways

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan program percutian eksklusif yang dikenali sebagai   “Ford Ranger Getaways" baru-baru ini.


Program itu diadakan bagi memberi peluang kepada semua para pelanggan dan bakal pelanggan Ford untuk menikmati pengalaman pemanduan unik dengan Live the Ranger Life.




Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata,transformasi Ranger dari tahun ke tahun bermula sebagai medium pengangkut yang praktikal sehingga kini.

“Ia menjadi peneraju segmen trak versatil dan premium yang diminati untuk kegunaan kerja, urusan keluarga dan bersantai di samping mengekalkan DNA Built Ford Tough. 


“Selaras dengan lima prinsip asas intipati penjenamaan Live the Ranger Life baharu, Ford Ranger Getaways menyasarkan untuk menawarkan pengalaman yang menjangkaui jangkaan orang ramai terhadap trak pikap,” katanya



Menyentuh mengenai program yang bermula pada 5 Februari lalu, semua pelanggan Ford Ranger dikatakan berpeluang menikmati pengalaman siri penggembaraan dalam negara yang dipilih khusus.


Penggembaraan ini dikatakan sesuai untuk mereka yang inginkan pengembaraan jangka pendek di dalam negara bersama keluarga, teman ataupun bagi mereka yang sekadar mahu berkumpul dengan individu yang mempunyai minat sama.


Untuk makluman anda, setiap percutian direka khusus untuk menonjolkan kepelbagaian gaya hidup Ford Ranger.


Apa yang menarik, anda berpeluang memilih 15 pengalaman percutian dan aktiviti-aktiviti ini akan diperbaharui dari masa ke masa bagi memastikan percutian tersebut kekal menarik. 




Malah, terdapat pilihan penggembaraan separuh hari, seharian atau bermalam dengan harga bermula dari serendah RM 98 seorang sehingga RM 2,133 seorang bergantung kepada pakej yang dipilih.



Pelanggan dan pemilik Raptor juga berpeluang menikmati promosi penjimatan sebanyak 50 peratus untuk menikmati pengalaman on and off-road di sekitar Sepang yang akan diadakan bermula 26 Februari ini.


Setiap peserta dibenarkan membawa seorang teman tanpa dikenakan sebarang bayaran.


Untuk menempah Ford Ranger Getaways, sila layari www.sdacford.com.my/shop.



Gallery

Tag:

Ford Ranger
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Kereta Baru
Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Berita Auto
Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Berita Auto
Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.

24-02-2025
Berita Auto
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026