Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bateri Terpakai Audi e-Tron Diguna Semula Sebagai Sumber Kuasa Kilang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Audi dan RWE bekerjasama dalam projek peralihan tenaga. Projek ini dilaksanakan dengan cara menempatkan sebuah fasiliti storan bateri litium-ion terpakai daripada kereta elektrik Audi untuk membekalkan kuasa kepada kilang.

 

Dengan menggunakan 60 sistem bateri, fasiliti storan teknologi terbaharu ini akan memberi kuasa sebanyak 4.5 megawatt jam (MWj) elektrik untuk kilang di Lake Hengstey.


Ahli lembaga pembangunan teknikal Audi AG, Oliver Hoffman berkata, "Mobiliti karbon-neutral adalah matlamat utama Audi. Kerjasama dengan RWE ini bertujuan untuk mendemonstrasikan kemungkinan yang ada untuk menggunakan sumber-mesra bateri bervoltan tinggi terpakai dan integrasi pintarnya kepada grid kuasa masa depan.  Di samping itu, kami juga sudah memikirkan masa selepas fasa penggunaan dan sedang meningkatkan usaha untuk memastikan bateri dapat dikitar semula secara efektif."

 

Bateri yang digunakan dalam projek ini ialah bateri-bateri yang telah disediakan untuk projek pembangunan kenderaan Audi e-Tron.


Tindakan ini diambil kerana bateri masih lagi memiliki baki kapasiti lebih daripada 80 peratus selepas digunakan pada kereta. Dengan kapasiti setinggi ini, 'bateri hayat kedua' ialah sumber yang sempurna untuk digunakan dalam sistem storan kuasa pegun kilang. 

 

Bergantung kepada bagaimana ia pernah digunakan sebelum ini, bateri terpakai ini masih mempunyai baki hayat sehingga 10 tahun. Bukan itu sahaja, tindakan ini juga dapat menjimatkan lagi kos.


RWE telah pun membina kawasan seluas 160 meter persegi untuk menempatkan 60 modul bateri yang berkeberatan kira-kira 700 kg. 

 

Pemasangan sistem bateri di sini berjaya disempurnakan pada bulan Oktober, manakala proses tempahan komponen individu pula dimulakan pada bulan November.


Ketua Pegawai Operasi, RWE Generation SE, Roger Miesen berkata, "Storan bateri yang berkuasa memainkan peranan yang penting dalam revolusi tenaga. Teknologi storan fleksibel diperlukan untuk mengimbangi turun naik jangka pendek yang berlaku dalam tenaga boleh diperbaharui serta bagi menstabilkan grid.

 

Bersama-sama dengan Audi, di Herdecke, kami mengkaji bagaimana bateri bervoltan tinggi yang berada di penghujung hayat daripada kereta elektrik ini dapat berfungsi sebagai peranti storan tenaga pegun apabila disambungkan antara satu sama lain.  Penggunaan storan 'hayat kedua' ini merupakan alternatif mampan bagi bateri-bateri baharu.  Pengalaman yang dimiliki daripada projek ini akan membantu kami mengenalpasti cara penggunaan yang paling menjimatkan kos untuk mengendalikan sistem bateri sebegini."

 

Dapatan daripada pengalaman projek fasiliti storan di Herdecke ini juga dapat membantu RWE membina dan mengendalikan fasiliti storan berlandaskan bateri EV yang lebih besar pada masa akan datang. 

Gallery

Tag:

Audi
RWE
E-Tron
Audi E-Tron
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026