Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik BMW iX Dapat 5 Bintang Dalam Euro NCAP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sejak pelancarannya, SUV elektrik (EV) iX telah menerima banyak kritikan yang mempersoalkan kekukuhan binaannya.




Untuk menepis kritikan yang diterima, BMW Group baru-baru ini telah mengumumkan bahawa model tersebut sudah berjaya mendapatkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) yang telah diperketat untuk memenuhi standard ujian 2020.




Turut dilaporkan, BMW iX ialah antara kenderaan yang mendapat markah tertinggi dalam kategori  "kenderaan besar luar jalan raya" (large off-road). Model ini menerima markah penuh dalam kesemua empat kategori ujian yang perlu dilalui.





Selain itu, beg udara interaktif iX terbaharu yang terletak di antara pemandu dan penumpang depan membolehkan kereta untuk mendapatkan markah keseluruhan yang tinggi iaitu 91 peratus bagi kategori ujian perlindungan penumpang dewasa.  Untuk makluman, beg udara interaktif ini menjanjikan perlindungan ekstra daripada kecederaan sekiranya berlaku perlanggaran dari sudut tepi kereta.

 




Untuk keselamatan kanak-kanak, beberapa poin ditolak kerana ketiadaan cagak ISOFIX pada tempat duduk penumpang depan dan juga bahagian tengah belakang. Namun ia masih mampu mendapat markah yang tertinggi untuk perlindungan bagi pelanggaran depan dan sisi.

 

Teknologi bantuan pemandu termaju yang terdapat pada BMW iX menyumbang kepada penarafan lima bintang untuk kedua-dua ujian "pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya" (vulnerable road users) dan juga "bantuan keselamatan" (safety assist). 


Untuk ujian "pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya," BMW iX memiliki fungsi bonet aktif yang akan terbuka dan terangkat secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran untuk melindungi bahagian kepala individu yang dilanggar daripada menerima impak perlanggaran yang lebih serius.






BMW memberi jaminan bahawa syarikat telah memberi pertimbangan yang tinggi terhadap aspek keselamatan dan perlindungan penumpang melalui pemasangan sistem sekatan yang canggih dan juga teknologi pintar.  Struktur BMW iX pula diperkukuh oleh bingkai aluminium dengan kerangka karbon untuk memaksimumkan perlindungan penumpang. Ia turut menggunakan komponen-komponen polimer yang diperkuat dengan gentian karbon (CFRP) pada bahagian bumbung, sisi dan sudut belakang SUV.

 

"Struktur badan yang sangat stabil dan sistem sekatan yang luas menjamin perlindungan penumpang yang luar biasa. Selain itu, BMW iX juga menerima markah yang tinggi untuk kedua-dua program ujian dan juga pemanduan harian dengan adanya sistem bantuan pemandu inovatif yang dapat mengurangkan risiko kemalangan dalam pelbagai situasi  secara signifikan," ujar Pengarah Keselamatan Kenderaan BMW, Dominik Shcuster.

 

Tonton video di bawah untuk melihat ujian-ujian keselamatan dan perlanggaran yang dilalui BMW iX 2021:

 


Gallery

Tag:

bmw
BMW iX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026