Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga RM265,800.

Ia adalah  varian permulaan baharu bagi siri 3 generasi G20 versi LCI untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya,j ika anda memilih  pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI), harganya naik kepada RM292,200 yang turut merangkumi waranti lanjutan serta pakej servis selama 5 tahun.

image.pngimage.png

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, BMW 320i Sport ini menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter B48 yang sama seperti sebelum ini. Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa setalat 181 hp  dan 300 Nm yang dipacu ke roda belakang (RWD) menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.

Enjinnya  membolehkan 320i Sport memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 7.4 saat sebelum mencapai had laju maksimum 235 km/j. Memandangkan ia bukan lagi model M Sport, 320i Sport kini tidak dilengkapi dengan suspensi adaptif M atau sistem stereng sport boleh ubah seperti yang ada pada 330i M Sport.

image.pngimage.png

Ketiadaan pakej M Sport turut menyaksikan 320i Sport tampil dengan rekaan lebih ringkas termasuk bampar hadapan dan belakang yang lebih sederhana serta rim aloi V-spoke Style 780 dua tona bersaiz 18 inci. Namun begitu, model ini masih menerima lampu utama LED adaptif dan lampu belakang LED penuh yang sama seperti 330i M Sport.

Walaupun ia merupakan model aras permulaan, 320i Sport dilengkapi dengan senarai kelengkapan kabin yang agak mengagumkan. Ini termasuk paparan Curved Display BMW dengan kluster instrumen digital 12.3 inci dan paparan infotainmen tengah 14.9 inci yang dijalankan oleh BMW OS 8.5 serta paparan head-up (HUD).

image.pngimage.png

Kelengkapan standard lain termasuk tempat duduk hadapan sporty yang dibalut kulit Sensatec berlubang, pencahayaan ambien, kawalan pendingin hawa pelbagai zon, stereng kulit dua jejari baharu, dan banyak lagi.

Dari segi ciri keselamatan, 320i Sport hadir secara standard dengan beberapa fungsi bantuan pemandu (ADAS) menerusi pakej BMW Driving Assistant.

image.png

Untuk itu, ia hadir dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) bersama n fungsi Stop & Go, serta fungsi seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pemantauan Titik Buta (BSM), dan Amaran Trafik Belakang (RCTA).



Gallery

Tag:

bmw
2025 BMW 320i Sport CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV
Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022
EV
BMW Buka Kilang RM9.87 Bilion Di China Untuk Percepat Pengeluaran EV

BMW Buka Kilang RM9.87 Bilion Di China Untuk Percepat Pengeluaran EV

BMW Jerman telah membuka kilang baharu bernilai AS$2.24 bilion (RM 9.87 bilion) di China

24-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026