Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Keputusan Separuh Masa Rali Dakar, Tiga Audi RS Q E-Tron Membuktikan Kehebatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untuk membuktikan keupayaan sistem elektrik yang dihasilkan, Audi telah mengambil bahagian dalam perlumbaan padang pasir, Rali Dakar. 

 

Menakjubkan, dalam tempoh hanya separuh masa perlumbaan, Audi telah berjaya meraih enam podium.


Ahli lembaga pembangunan teknikal Audi, Oliver Hoffman menyatakan, "Apa yang telah saya lihat daripada pasukan sehingga tiba hari rehat Rali Dakar cukup mengagumkan saya. Pasukan kami telah membangunkan Audi RS Q e-tron dalam masa rekod. Daripada awal lagi, kami telah menunjukkan tahap kesukanan yang tinggi. Pemandu, pemandu ganti dan seluruh pasukan menunjukkan prestasi pasukan yang hebat.  Dan teknologi canggih kami memenuhi jangkaan." 

 

Sebagai permulaan, Carlos Sainz dan Lucas Cruz telah menarik perhatian media seawal empat hari pertama pertandingan berlangsung.  

 


Pemenang Dakar sebanyak tiga kali ini telah berjaya memberikan kemenangan pertama kepada Audi RS Q e-tron pada laluan 338 km.  

 

Cukup menakjubkan kerana mereka mencatatkan purata kelajuan 138 km/j, angka yang mengagumkan untuk laluan yang tidak berturap.



Buat masa ini, Mattias Ekström terpilih sebagai pemandu Audi yang terbaik pada kedudukan ke-14, sementara itu Carlos Sainz pula di tangga ke-25 dan Stéphane Peterhansel di tangga ke-71.

 

Pengarah Pengurusan Audi Sport GmbH, Julius Seebach berkata, "Semangat yang ada dalam pasukan membuatkan saya bangga.  Perpaduan di sepanjang perlumbaan separuh akhir ini menunjukkan betapa pasukan ini telah banyak berkembang sebagai sebuah unit. Fasa persediaan juga terlalu intensif supaya mereka siap untuk berlumba daripada awal. 

 

Daripada sebuah lembaran kertas yang kosong, sehinggalah ke padang pasir, kami hanya ada masa  selama setahun untuk membangunkan kenderaan paling kompleks dalam sejarah Audi Motorsport ini. Bagi saya, perpaduan dalam pasukan sangat penting dalam semua kejayaan yang telah dicapai, yang sudah pun melebihi daripada apa yang dijangkakan oleh pendatang baru untuk Dakar pertama."


Kerumitan ketiga-tiga buah prototaip ini cukup tinggi, buat pertama kalinya, konsep pemanduan alternatif menggabungkan e-trenkuasa dengan sel bervoltan tinggi dan juga penukar tenaga yang mempunyai tahap efisien yang tinggi.  

 


Walau bagaimanapun, walaupun hanya melalui fasa ujian yang pendek, sistem ketiga-tiga kereta dapat beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah apabila melalui kawasan padang pasir yang mencabar.

 

Namun begitu, Audi juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran khas Dakar Rally di sepanjang laluan berkepanjangan 4,700 km.  


Sebagai contoh, selain kesukaran navigasi pada hari kedua, kerosakan suspensi turut menggugat kedudukan pasukan.

 

Stéphane Peterhansel berkemungkinan telah merosakkan rim dan juga wishbone bawah pada suspensi belakang disebabkan oleh batu pada hari kedua rali.


Pengarah Pembangunan Audi Sport Racing, Stefen Dreyer menyimpulkan, "Kami terkejut kerana satu-satunya halangan yang telah dilalui ialah (kerosakan) pada bahagian yang konvensional seperti suspensi. Sungguh mengagumkan bahawa konsep pemanduan inovatif kami ini dapat berfungsi tanpa sebarang masalah, begitu juga dengan prestasi kenderaan ini.  Dalam masa yang sama, kami sedar bahawa perjalanan rali ini masih lagi jauh. Matlamat kami masih lagi untuk tiba di Jeddah dalam masa seminggu dengan ketiga-tiga kereta."


Gallery

Tag:

Audi
Dakar Rally
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026