Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa Perlu Masuk Lebuh Raya Sebelum Pukul 9 Pagi? Ini Kata PLUS!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Masuk lebuh raya sebelum pukul 9 pagi!

Itu nasihat  PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada mereka yang mahu menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 5 Februari sehingga Ahad ini.


Nasihat itu dikeluarkan selepas PLUS sudah menjangkakan pertambahan kenderaan selepas orang ramai akan mula pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa lalu.

“Lebuh Raya Utara-Selatan akan kembali sesak pada 5 dan 6 Februari ini. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan masuk ke lebuh raya PLUS sebelum pukul 9 pagi,” kata PLUS dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi  turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebelum memulakan perjalanan.


Langkah itu perlu diambil bagi mengelak anda terperangkap dalam kesesakan teruk selepas cuti panjang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web Plus di www.plus.com.my.

Apapun,  pastikan baki kad Touch’n Go dan eWallet telah ditambah nilai dan sentiasa mencukupi sepanjang perjalanan anda.

Jangan lupa, patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R).


Tag:

PLUS
TouchnGo
Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!

20-05-2026
Berita Auto

Harap Maklum, 'Jammed' Bermula Khamis Ini Sebab Cuti Panjang

PLUS sudah bersedia menghadapi lonjakan trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijangka bermula seawal Khamis ini.

10-02-2026
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025
Berita Auto

Lebih 2 Juta Kenderaan Guna Lebuharaya PLUS Mula Hari Ini

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah kenderaan di rangkaian lebuh rayanya dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

04-04-2025
Berita Auto

Bas Terbalik, Nasib Baik 20 Penumpang Selamat!

Sebuah bas terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hulu Selangor kelmarin.

06-12-2024
Berita Auto

Nak Balik Kampung, Rancang Perjalanan Anda, Kalau Tak Nak Sangkut Jam

Tidak mahu lebuh raya sesak, semua kerja penyelenggaraan jalan dihentikan.

06-06-2024
Berita Auto

1 Maut, Nahas 3 Kereta

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, malam tadi.

30-05-2024
Berita Auto

Peruntukan Masih Cukup, Lebuhraya PLUS Dilebarkan Sehingga Ke Ayer Hitam

Kerajaan telah menerima cadangan untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Simpang Renggam hingga ke Ayer Hitam.

01-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026