Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022 dengan harga yang bermula daripada RM 288,334. Dua varian ditawarkan iaitu C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line.

Menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien, "C-Class telah menjadi model terlaris kami sehingga hari ini. Sejak awal pengenalannya sebagai 190, lebih daripada 10.5 juta Mercedes-Benz C-Class telah dihantar di seluruh dunia. 

Sama juga di Malaysia, pelanggan kami menyukai kenderaan ini kerana kami terus mendefinisikan standard kepada keselesaan dan inovasi untuk sedan bertaraf premium bersaiz sederhana."

ENJIN MERCEDES-BENZ C-CLASS


Varian C 200 dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder 1.5L dengan kuasa kuda 201 hp dan tork 300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda dengan transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic. Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 7.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 246 km/j.  Penggunaan bahan apinya berada pada kadar 6.2-6.6L untuk setiap 100 km.

Sementara itu, C 300 pula menggunakan enjin petrol 4 silinder 2.0L dengan kuasa kuda 255 hp dan tork 400 Nm, kuasa disalurkan melalui transmisi yang sama seperti C 200 iaitu transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic. Varian ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6 saat dengan kelajuan tertinggi 250 km/j. Penggunaan bahan apinya berada pada kadar 6.6-7.0L untuk setiap 100 km.

REKAAN LUARAN  MERCEDES-BENZ C-CLASS


Dari segi rekaan, C 200  ditawarkan dalam kemasan Avantgarde manakala C 300 pula AMG Line. Secara keseluruhannya, C-Class menerima inspirasi rekaan daripada model S-Class dengan lampu depan yang halus dan lampu belakang yang menonjol, namun saiznya lebih dikecilkan.


Secara spesifik, C 200  menggunakan  gril louvre menegak dengan elemen hiasan tambahan pada rekaan louvre, gril dan apron depan yang tampil dalam kemasan berwarna krom. Ciri luaran lain yang membezakan varian ini dengan C 300 ialah penggunaan rim aloi ringan 5 jejarik bersaiz 18 inci.


C 300 pula menggunakan gril berlian rekaan baharu dengan lambang Mercedes-Benz bintang tiga bucu berwarna krom. Varian ini menggunakan rim aloi ringan multi-jejari AMG bersaiz 19 inci. 

Ciri luaran standard untuk kedua-dua varian ialah lampu depan berprestasi tinggi LED, bantuan lampu suluh tinggi adaptif, cermin sisi boleh lipat automatik dan perlindungan bawah badan kereta. 

KABIN MERCEDES-BENZ C-CLASS


Kabin C 300


Kabin C 200

Bergerak ke bahagian dalam, kedua-dua varian hadir dengan beberapa ciri sama seperti pencahayaan ambien dengan pantulan logo jenama, panel ambang pintu dengan tulisan "Mercedes-Benz" yang bercahaya, penutup tingkap jenis bergulung untuk tingkap kiri dan kanan bahagian belakang, cermin pandang belakang dengan pemalap automatik, penutup tingkap belakang elektrik dan keyless-go. C 200 dan C 300 menggunakan sistem navigasi premium dan sistem infotainmen MBUX dengan paparan bersaiz 11.9 inci. Sistem ini hadir dengan fungsi pengesan cap jari, Mercedes me, informasi trafik secara langsung, selain boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Paparan kluster instrumen pula bersaiz 12.3 inci. 


Tempat Duduk Sport C 300


Tempat Duduk Comfort C 200

C 200 hadir dengan kemasan dalaman Avantgarde. Tempat duduk jenis 'Comfort Seat' dibalut dengan kulit buatan tangan Artico berwarna hitam, kemasan Artico hitam ini turut digunakan pada papan pemuka dan beltline. C 200 menggunakan stereng sport pelbagai fungsi dalam balutan kulit. 

Sementara itu, C 300 pula tampil dengan rekaan dalaman AMG Line. Tempat duduk jenis 'Sports' dalam balutan kulit Artico hitam. Papan pemuka dan beltline kereta turut menggunakan kemasan sama iaitu kulit Artico namun dalam gaya hitam Nappa. C 300 turut dilengkapi dengan ciri tambahan navigasi AR MBUX.

CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ C-CLASS

Untuk keselamatan, kedua-dua vairan dilengkapi pakej pengesan laluan, bantian titik buta aktif, bantuan kekal lorong aktif, bantuan brek aktif, kawalan jelajah, perlindungan kenderaan Urban Guard, pakej parkir, bantuan parkir aktif dengan PARKTRONIC, sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz, pelindung pejalan kaki, sistem pemantau tekanan tayar, sistem penggera anti-kecurian, indikasi status tali pinggang belakang dalam paparan instrumen, cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak. Satu-satunya perbezaan antara C 200 dengan C 300 ialah kehadiran sistem kameran 360 pada varian lebih tinggi. 

HARGA



Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line dijual pada harga RM 288,334 dan Mercedes-Benz C 300 AMG Line pula pada RM 330,681, harga atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan jaminan selama empat tahun, tanpa had perbatuan. 

Tag:

mercedes benz
Mercedes Benz C Class
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Pandu Uji

Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku

Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.

25-08-2023
EV

Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.

25-07-2023
Berita Auto

Sempena Hari Raya, Jalan KL Makin Sesak Sebab Ramai Orang Luar Beli-Belah

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan keluar dan masuk ke ibu kota Kuala Lumpur pada setiap hari.

07-04-2023
EV

Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE.

05-12-2022
Berita Auto

Tiada Lagi Mercedes-Benz Dengan Gear Manual Mulai 2023

Mercedes-Benz dilaporkan akan menamatkan penghasilan kereta yang menggunakan transmisi manual.

01-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025