Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.


Langkah berani ini diambil seiring dengan visi Nissan Ambition 2030 yang menyokong pengeluaran tenaga untuk kegunaan tempatan dan menyasarkan untuk menjadi neutral karbon.

Sistem pengurusan tenaga akan menggunakan sistem kawalan secara autonomi untuk mencipta 100 peratus tenaga yang  boleh diperbaharui.

Tenaga itu dikatakan akan digunakan untuk mengecas kenderaan elektrik termasuk menghantar dan menerima tenaga elektrik.


Ia menggabungkan bateri kenderaan elektrik yang berkapasiti besar dengan satu sistem yang boleh mengecas dan menyahcas. Ia dikatakan mampu menangani dua masalah krtikal yang dihadapi oleh tenaga boleh diperbaharui.

Antaranya, aliran turun naik penjanaan kuasa yang lazimnya berlaku akibat keadaan cuaca dan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan tenaga elektrik. 

Menurut syarikat itu, lima kenderaan elektrik di bandar itu akan dicas atau dinyahcas bergantung kepada kuantiti kuasa yang dijana oleh sel bahan api solar, angin, dan hidrogen serta penggunaan elektrik di kawasan perniagaan di bandar itu.

Sistem akan mempertimbangkan status bateri dan tabiat penggunaan bateri EV Namie untuk mengenal pasti masa terbaik untuk mengecas dan menyahcasnya. 

Bagaimanapun, penyelesaian itu mungkin mengurangkan penggunaan kuasa puncak kemudahan komersial sekali gus dapat  mengurangkan perbelanjaan elektrik.


Dikhabarkan, pengeluar kereta Jepun itu berhasrat untuk bekerjasama dengan dengan pihak berkuasa tempatan di Jepun untuk mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih.


Gallery

Tag:

#nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sudahlah Curi, Dibakar Pula!

Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.

17-02-2022
Berita Auto

Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu

Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.

15-02-2022
Berita Auto

ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain

ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

10-02-2022
Berita Auto

Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.

07-01-2022
Berita Auto

Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT

Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.

10-12-2021
Berita Auto

Jentera Ini Hadir Dengan e-Power

Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.

11-11-2021
Berita Auto

Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.

17-09-2021
Berita Auto

ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.

03-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026