- Berita
- Kereta Baru
- Volkswagen Golf R-Line Dan GTi 2022 Dilancarkan: Harga Bermula Daripada RM155K
Volkswagen Golf R-Line Dan GTi 2022 Dilancarkan: Harga Bermula Daripada RM155K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Volkswagen Golf terbaharu di Litar Antarabangsa Sepang. Dua varian iaitu Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line dan GTi dilancarkan dengan harga yang bermula daripada RM155,000-RM211,698.
Varian R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI dengan kuasa kuda 148 hp dan tork 250 Nm pada 1,500-3,000 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda dengan transmisi automatik lapan kelajuan. R-Line dapat melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 8.5 saat.
Sementara itu, GTI menggunakan enjin turbo 2.0TSI dengan kuasa kuda 241 hp dan tork 370 Nm, kuasa disalurkan melalui transmisi tujuh kelajuan. Dengan kuasa enjin ini, ia dapat memecut laju daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.4 saat.

Dari segi rekaan, R-Line tampil dengan gril depan serta lampu depan LED yang lebih halus. Rekaan bamparnya pula tampak gagah. Secara keseluruhannya, R-Line hadir dengan gaya yang sporty.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv